Sebelum jemari ini lebih rancak menari menekan kekunci keyboard untuk meluahkan apa yang terpendam selama ini…jauh di lubuk isi hati yang penuh keikhlasan,saya doakan agar ia jauh daripada fitnah syaitan laknatullah dan jauh dari murka ALLAH.Walaupun berat rasanya untuk meluahkan segala yang terbuku di hati,namun dengan izin ALLAH dan kesan daripada kekuatan luar biasa dikurniakanNYA berpandukan petunjuk ALLAH,ku yakin inilah petunjuk dariNya untuk menzahirkan apa yang telah lm terpendam.Bingkisan hati ini kutujukan istimewa buat mereka yang mencari kejernihan redho Ilahi dalam percintaan.Yang pasti ! luahan rasa tulus ikhlas ini menghidangkan kebenaran janji Allah yang termaktub dalam surah An-Nur : "Wanita yang toyyibaat itu untuk lelaki yang toyyibuun…
Bismillahirrohmanirrohim…Dengan Nama Allah Pemegang Hati Semua Makhluk NaunganNYA!Semoga Dia mempermudahkan agar mudah difahami dan tidak disalahertikan nanti…Nauzubillahiminzalik…
Takdir menemukan kita ketika di semester pertama ketika kita sama-sama berjuang menegakkan syiarNYA di bumi matrikulasi yang serba mencabar ini…Ya..ana masih ingat lagi ketika kita sama-sama menagih ilmu di kelas F1T7.Dan tempat itulah yang menjadi saksi dihadapan Allah tika bermulanya detik-detik nama enta mula terukir sedikit demi sedikit dalam ruang hati ana.Demi Allah ! Keperibadian diri enta yang tinggi serta sinar keimanan yang terpancar membuatkan ana mula jatuh hati.
"Ya Allah..betapa seksanya jiwaku menahan sekelumit perasaan yang tidak kupinta dalam tempoh saya mengejar cita2!kdgkala saya merintih tanpa disedari….
"Ya ALLAH,saya mohon keampunanMU seandainya diri ini telah melalaikan khalifahMU dibumi ini.Ya ALLAH,kumohon perlindunganMU daripada menjadi asbab kelalaian kepada khalifahMU dalam melaksanakan ibadah yang seharusnya mutlak keranaMU."
"Ya ALLAH,saya ingin beramal selayaknya sebagai tanda kehambaanku kpdMU.tapi..nafsuku sering menyimpang dari niat semata2 keranaMU..Sukarnya kupujuk hati ini agar buanglah dunia,janganlah bertakhta di hati ini,biar ia hanya terisi dengan rasa cinta yang mendalam kpdMU,cinta yang suci lagi membuatku merasa memiliki segala2nya.tapi..hati ini masih lagi diburu dan memburu cinta murahan,cinta makhluk yang tidak pasti sedangkan dalam usaha ingin memilikki cinta ini,memerlukan pengorbanan yang mungkin membuatkan hati dihiris, terguris serta seksa menanggung rasa..mudahnya air mata ini tumpah kerana cinta yang tidak pasti itu..
Oh Tuhanku…jauhkanlah daku dan DIA dari kesusahan itu.."
Akhie….andainya kau mengetahui getarnya perasaan ini……
Akhie…….Mengasihi enta dalam diam adalah rahsia kasih ana.Sungguh ana tak mampu bohongi diri ana sendiri bahawa tanpa ana sedari perasaan kasih ini timbul sedikit demi sedikit walaupun tanpa kita saling mengenali dengan rapat.Tapi,mungkin inilah yang dikatakan gelombang rasa hati yang Allah kurniakan buat hambaNYA yang bersifat ‘khauf’ serta akur pada larangan keras dalam soal pergaulan ini. Ana akui bahawa terlalu banyak kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri ana yang dirasakan tidak layak sebenarnya untuk ana memiliki hati enta.Ana sedar semua itu..siapalah ana…insan yang serba kekurangan jika hendak dibandingkan dengan enta.Tapi…NYATALAH!semakin ana cuba menafikan dan berusaha membuang jauh-jauh rasa yang hadir tanpa diundang ini,semakin mekar ia bertumbuh malah telah berjaya merampas sebahagian besar sudut hati ana selepas kasih ana pada Rabbul Izzati menjadi tonggak utama.Sungguh ana tidak mampu !
Enta,mengertilah perasaan ini…….!!Oh Tuhan!!!
Akhie….kerana didikan agama yang sudah sebati sedari kecil ini membatasi segalanya.Dan demi agama dan syariatNYA memaksa ana memendam rasa kasih ini hingga terkadang ana menangis dek tidak tertahan rasanya menanggung perasaan yang tidak enta ketahui tersirat jauh di lubuk sanubari ana.
Akhie…..masih adakah sedikit ruang dalam hati enta untuk ana?Sampai bila keegoan akan menyelubungi hubungan kita?Oh Tuhan….berat rasanya bebanan rasa yang ku tanggung ini….
Akhie…izinkan ana menjadi insan pertama menjadi permaisuri hati enta.Sungguh ana menyimpan dalam2 hasrat murni ini…
Ya Allah…jangan Engkau menjemputku sebelum saya sempat meraih pahala sebagai seorang isteri dan ibu kepada seorang mujahid yang berjaya bertakhta di hati ini.Perkenankan doaku ini Ya Tuhan Pemilik sekalian alam!
Ana tidak minta semua ini berlaku..tapi inilah dikatakan fitrah suci yang ALLAH kurnia pada setiap jiwa manusia untuk dikasihi.tapi manusia sendiri yang mencemarkan fitrah ini dengan kemunkaran.Nauzubillahiminzalik..
Cukuplah sekadar saya mengetahui apa yang tersirat di dalam hati ini..semoga ukhuwah yang didasari dengan rasa cinta kepada ALLAH akan senantiasa dipayungi rahmat dan berkatNYA..Yakinlah dengan janji ALLAH,wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik,dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik.InsyaALLAH,sekiranya kita sama-sama menjaga batas2 pergaulan yang dituntut syara’,jodoh kita akan soleh dan solehah.
Sesungguhnya ana mengimpikan seorang mujahid ALLAH yang setia dan mampu membimbing diriku ke jalan kebenaran,yang akan mengajakku kembali kepada Rabb-ul-’izzati ketika diriku lemah tidak bermaya,yang akan meyakinkan diriku bahawa kemanisan iman akan menaungi hati-hati yang bertaqwa,yang akan memberi peringatan kepada diriku ketika terlupa sejenak akan nikmat dan rahmat ALLAH,
Subhanallah..
"Ya Allah!Seandainya telah Engkau catatkan…Dia milikku tercipta buatku…Satukanlah hatinya dengan hatiku..Titipkanlah kebahagiaan antara kami… Agar kemesraan itu abadi.Tetapi Ya Allah….Seandainya telah Engkau takdirkan…Dia bukan milikku…bawalah Dia jauh dari pandanganku… Luputkanlah Dia dari ingatanku….Dan peliharalah saya dari kekecewaan.Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan….Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…Segala yang terbaik buat hambaMU ini."
"Ya Allah,diri ini telah meletakkan dan memberikan sepenuh hati kpdMU untuk dilindungi daripada sebarang kejahatan yang akan merosakkan kemuliaannya.
Ya Allah,andainya hati ini ingin KAU berikan sebahagiannya kepada makhluk ciptaanMU,berilah ia kepada khalifahMU yang turut mencintaiMU supaya hatiku tidak pernah berhenti daripada berzikir kpdMU dan rahmatilah diriku dengan limpahan kasih sayangMU YA ALLAH….
"Ya ALLAH,jika saya jatuh cinta,maka cintakanlah saya pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMU agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMU.Ya Muhaimin, jika saya jatuh hati,izinkanlah saya menyentuh hati seseorang yang tertaut hatinya kepadaMU agar tidak terjatuh hati ini pada jurang cinta nafsu semata2.
YA RAHMAN,jika saya jatuh hati,jagalah hatiku padaNya agar tidak berpaling hatiku drpdMU.
YA RAHIM,jika saya rindu,rindukanlah saya pada seorang yang merindui syahid di jalanMU.
"YA ALLAH,jika saya menikmati cinta kekasihMU,
janganlah kenikmatan itu melebihi kemanisan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir.YA ALLAH, jika saya jatuh hati pada kekasihMU,jangan biarkan saya tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kpdMU.YA ALLAH,jika ENGKAU halalkan saya merindui kekasihMU,jangan biarkan saya melampaui rinduku untuk bertemu dgnMU.
Kerana saya yakin,bahawa sesungguhnya CINTA HAKIKI dan RINDU ABADI hanyalah semata2 layak utkMU".
Jauh disudut keheningan malam, ketika makhluk yang bernama manusia sedang nyenyak diulit mimpi yang indah2. saya bangkit daripada tilam yang empuk dengan sekujur tubuhku yang menggigil kesejukan. Ku tanam nawaitu pada malam ini untuk bermunajat seketika dihadapanMu Ya Rabbi. saya sedar, miskipun hambaMu yang lain sedang tidur,namun Engkau tidak berlaku sedemikian. Jadi apakah salahnya saya bercakap seketika denganMu. Hanya antara saya dan Kau ya Rabbul Alamin. saya ingin mencurahkan segalanya yang terpendam dihati ini. Miskipun Engkau mengetahui segalanya, namun Engkau amat mencintai jika hambaMu ini mengangkat dua belah tangan datang mengadap dihadapanMu ini..
“Ya Rabbul Izzati, diriku ini datang menghadap untuk bermunajat kpdMu. Berbekalkan dengan hati yang ikhlas, hanya kpdMulah sahaja tempat saya mengadu. Tiada makhluk lain yang berhak membantu diriku ini melainkan datangnya drpMu.Justeru itu, Kau makbulkanlah doaku ini.”
“Ya Allah Ya Tuhanku, Kau lihatlah sekeping hati yang kotor dan busuk ini yang dinodai dosa2 silam. Hanya kpdMu Ya Allah, kau ampunilah dosaku sama ada dosa besar atau kecil. Janganlah kau tayangkan dosaku kembali dipadang mahsyar kelak.Sesungguhnya saya amat malu diperlakukan sedemikian.”
“Wahai Tuhanku yang mencipta diriku ini, Engkau telah menciptakan sebutir benih kemudian dicampakkan dalam setiap jiwa makhluk yang bernama insan. Itulah dia perasaan Cinta. Sejak Adam diciptakan,hinggalah pada saat ini,perasaan cinta itu masih tumbuh mekar dalam jiwa setiap insan. Terlalu kuat akarnya hingga begitu sukar untuk dibuang.”
“Ku letakkan mahkota cintaku yang pertama hanyalah padaMu Ya Rabbi. Kemudian cintaku yang kedua hanyalah untuk Junjungan Mulia Ya Rasulullah. Dan cintaku yang seterusnya barulah saya serahkan kepada makhlukMu..”
“saya juga seorang insan, dan saya juga seorang remaja yang ingin dikasihi dan mengasihi. Seandainya diriku telah ditakdirkan untuk bersamanya, Engkau redhailah perhubunganKu ini. Jika inilah jalan yang terpaksa saya lalui yang menguji kesetiaan untuk bersamanya,nescaya kekalkanlah saya didalamnya. saya akan cuba nantikan biarpun bertahun lamanya..”
“Ya Allah, jika sebaliknya dia bukan pilihanku, Engkau buangkanlah perasaan cintaku ini. saya tak sanggup menanti saban waktu kerananya. CintaMu itu lebih mahal dan lebih bernilai daripada segala rupa cinta makhluk yang akan pudar juga suatu hari nanti
Ameen ya RABB-al-’Alamin….
Andainya dapat engkau mendengarkan……
Suara……di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bisa mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap
Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu Akhie A……selamanya dalam ingatan kasih ana yang suci..
[NUKILAN UKHTI FIL ISLAM.....]
YA ALLAH…
kuatkanlah hatiku dalam memperjuangkan agamamu!!!
Janganlah kerana cinta,tergadai agamaKu!!
Lindungilah aku dari segala yang tidak baik..
Amiin~