terima kasih buat lelaki yg kukenali…
Tuesday, February 27th, 2007Terima kasih kepada seorang yg bernama lelaki Catatan tulus dari lubuk hati seorang yg bernama perempuan. Dia tdk pernah cuba memahami hati dan perasaan seorang lelaki. Usia remaja hanya ditumpukan pada pelajaran, tambahan pula dia adalah perantau didaerah itu. Tempatnya menimba ilmu sangat menitikberatkan akhlak Islamiyah dan begitu menjaga batas pergaulan adab perhubungan antara ikhwah dan akhawat. Justeru dia berusaha menjaga maruah diri dan keluarga, ditambah pula dia merupakan pelajar harapan guru. Soal lelaki ditolak tepi. Bukan dia tidak ada perasaan, tetapi perasaan itu seolah-olah tumpul. Dia memerhatikan gelagat rakan sekeliling yg menjalin hubungan dgn ikhwah. Tetapi akhirnya mereka seolah dipermainkan dan diperkecilkan oleh ikhwah. Dia berpandangan lelaki hanya menyakitkan hati. Lelaki hanya suka mempermainkan perempuan. Lelaki hanya mengambil kesempatan terhadap kebaikan seorang perempuan.
Usia meningkat ke angka 18. Dan dia telah menyambung pengajian matrikulasi..alhamdulillah. Dia tidak pernah memberi peluang kepada mana-mana lelaki untuk mendampinginya. Sebenarnya dalam hati kecilnya sangat takut seandainya hubungan yg terjalin nanti membawa kepada murka Allah. Sukar untuk mengekalkan persahabatan yg terjalin nanti hanya semata-mata kerana Allah. Kalau bukan nanti dia yg menaruh hati, mungkin disatu pihak lagi, dia tidak mahu bermain perasaan. Baginya kalau telah ditentukan seseorang itu jodohnya, seeloknya kahwin saja. Bab cinta biarlah selepas kahwin.
Tapi dia tetap manusia biasa yg telah dikurniakan hati dan perasaan serta diganggu dan digoda oleh syaitan. Dia tidak dapat lari dari perasaan tersebut . Memang dia pernah menaruh hati pada seseorang, tapi tidak pernah dinyatakan, disimpan sendiri perasaan tersebut. Lelaki tersebut jernih air mukanya dan begitu menjaga adab perhubungan dgn ikhwah. Namun akhirnya memang lelaki itu tidak ditakdirkan untuknya, dia pasrah. Alhamdulillah perasaan yg tidak pernah terjalin itu mudah saja terpadam dari hatinya.
Takdir Allah tiada siapa dpt menduga, semasa dalam pengajian dia tertarik dgn seorang yg bernama lelaki, lelaki yg tidak pernah dilihatnya berbual lagha. Kelihatannya lelaki tersebut sepertinya belum berpunya, tapi dia pujuk hati, mungkin dia sudah berpunya. Dia berusaha memadam perasaan yg mula berputik. Satu kebetulan yg ditakdirkan Allah dia sama kelas semasa dalam pengajian. Dia memerhati lelaki itu dari jauh. Ya Allah, tolonglah hambamu ini. Mungkin ini kesempatan untuk dia benar-benar mengenali peribadi lelaki tersebut. Sepertinya Allah memakbulkan hasrat hatinya. Lelaki itu menghulurkan salam perkenalan, tapi dia masih ragu, masih bimbang. Bagaimana sebenarnya peribadi lelaki tersebut? Entah bagaimana, dia cuba mengelak diri, dia takut persahabatan itu hanya mengundang murka Allah. Tetapi kauh dari sangkaannya, lelaki itu menyatakan hasrat hati sebenar, ingin menjadikan dia teman mengharungi kehidupan ini dalam jalinan ikatan yg sah. Dia diam dan mengambil masa untuk menimbang hal tersebut. Soal kebaikan dunia akhirat untuk jangka masa yg panjang, ya… hingga habis usia di muka bumi ini. Dia belajar menyelami dan mengenali hati lelaki tersebut. Hatinya sudah sedia menerima kehadiran seorang lelaki dalam hidup. Sebenarnya dia begitu kagum dan sangat hormat kepada lelaki tersebut. Air muka yg tenang. Fikiran yang matang. Fikrah seiring dgn risalah yg dibawa Penghulu segala ummat, menuju mardhatillah. Sangat menjaga tatasusila peragaulan antara yg ajnabi. Dihatinya telah mula terukir nama lelaki tersebut. Tidak seperti sebelumnya, dia dgn mudah mengatakan tidak kepada yang melamarnya. Dia terlalu susah untuk mempercayai lelaki, takut dirinya dipermainkan seperti sahabat-sahabatnya.
Namun qdha’ dan qadar Allah telah menetapkan segalanya. Antara dia dan lelaki tersebut terpaksa melupakan hubungan yg baru terjalin walaupaun dgn rasa hati yg sangat berat. Akur pada tuntutan keadaan. Dia rasa pilu, dalam diam didoakan lelaki tersebut mendapat pangganti yg lebih baik dari dirinya. Namun dalam diam, dia masih menaruh harapan. Entah bilah harapannya itu akan berpenghujung. Kekdang dia hampir tewas dgn perasaan sendiri. entah mengapa, lelaki itu benar-benar telah mengikat hatinya. Tetapi dia bersyukur, perkenalan singkat dgn lelaki tersebut telah mengenalkan dia kepada hati dan perasaan seorang lelaki, tidak semua lelaki seperti yg dia sangkakan. Allah ingin menemukan dia dgn seorang hambanya yg sentiasa menjunjung perintahNya. Juga ingin meyakinkan dia terhadap insan bernama lelaki. Hatinya telah terbuka untuk lelaki tersebut, namun seolah-olah tertutup untuk yg lain. Beberapa ‘insan soleh’ yg melamar selepas itu, dgn mudah dia menolak. Entah sampai bila dia harus begitu. Wallahu A’lam