Archive for January, 2007

siapa kita!!!!

Tuesday, January 30th, 2007

Adakah kita seorang Islam??? Pernahkah kita terfikir… Hidup kita ini hanyalah sementara… Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah… Apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian… Dalam kita mengejar kejayaan dunia, kita sering lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar… Apakah pilihan kita? Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari. Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada jerebu, kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad…fitnah…gempa bumi, peperangan dan bermacam-macam lagi… Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah bala!!! Tanda kemurkaan Allah!! Adakah kita benar-benar seorang Islam??? Maka, adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa kita ke Syurga? Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha dan ikhtiar anda sendiri??? Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat, bijak, rajin… walhal semuanya adalah kurnia Allah… Segala kelebihan yang ada pada kita adalah datangnya dari Allah… Apakah kita fikir Allah itu akan menyukai hambaNya yang tidak bersyukur??? Adakah kita yakin kita seorang Islam??? Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau sedetik sekalipun… Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran airmata kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit… Tetapi, mengapa kita masih leka buai perasaan… Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah… Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepadaRasulullah… Siapa diri kita sebenarnya!!! Firaun??? Tentu tidak…jadi, siapa kita sebenarnya??? Wahai manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina!!! Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah??? Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia??? Mengapa kita masih mendedahkan aurat??? Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu??? Syariat,Tariqat, Hakikat, dan Makrifat, Feqah dan Tasauf… Dapatkah kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut??? Tidak malukah kita kerana gagal menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya??? Adakah kita harus mempersalahkan puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika kita sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri??? Ketahuilah…sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka yang tidak berilmu.. Sedarilah bahawa, kejahilan boleh menyebabkan dosa… Kita tidak takut dosa??? Berapa banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian??? Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat??? Siapakah kita menjelang hari kematian??? Adakah kita seorang Islam??? Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut??? Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri dari perbuatan mungkar??? Kita pergi kuliah, pergi kerja, kita yakin kita telah menutup aurat??? Kita solat…adakah kita yakin solat kita tidak tercela??? Kita makan…adakah kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah??? Kita minum…adakah kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum seperti yang kita minum sekarang??? Kita ketawa…adakah kita tidak malu pada Allah??? Kita cemerlang dalam SPM,PASCAL, LOGIK, TITAS,C++,…adakah kita yakin semua itu dapat membantu kita menjelangnya fitnah kubur??? Kita berpuasa…adakah kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela kita di hari akhirat??? Kita sihat…adakah kita yakin Allah muliakan kita??? Kita sakit…adakah kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat kesihatan? Siapa kita??? Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina…betapa hinanya kita…tapi kita masih mampu tersenyum dan tertawa… Bersedialah menempuh hari selepas kematian, bersedialah untukmenempuh sakaratul maut. Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya… Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI…!!! Siapa kita….??? Wallahu’alam…

doa utk kekasih

Saturday, January 27th, 2007
DOA UNTUK KEKASIH
****************************
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ..
Ya Allah….
Seandainya telah Engkau catatkan….
Dia milikku tercipta buatku….
Satukanlah hatinya dengan hatiku….
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi….
Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi….
Seiringkanlah kami melayari hidup ini….
Ke tepian yang sejahtera dan abadi….
Maka jodohkanlah kami….

Tetapi ya Allah….
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku….
Bawalah dia jauh dari pandanganku….
Luputkanlah dia dari ingatanku….
Dan peliharalah aku dari kekecewaan…
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti….
Berikanlah aku kekuatan….
Menolak bayangannya jauh ke dada langit….
Hilang bersama senja yang merah….
Agarku sentiasa tenang….
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan….
Adalah yang terbaik untuk ku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui….
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini….

Ya Allah…..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku….
Di dunia dan di akhirat….
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini…
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian….
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran….
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman….
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai….
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah….

Ya Allah…..
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat…
Dan peliharalah kami dari azab api neraka….
AMIN…AMIN…AMIN…. Ya rabbal ‘aalamin