Wasiat [1]: Selamatkan diri dari api neraka
Dari Abu Sa’id r.a. berkata, Rasulullah s.a.w., keluar pada hari Aidil-adha dan Aidilfitri ke tempat solat, lalu beliau melalui para wanita seraya berkata:
‘Wahai sekalian wanita! Bersedekahlah kamu sekelian,
kerana pernah diperlihatkan kepadaku tentang kamu sekalian sebagai sebahagian besar penghuni neraka’. Di dalam riwayat lain disebutkan:
‘Bersedekahlah kamu sekelian dan perbanyaklah beristighfar!
‘Mereka bertanya; ‘Kerana apa wahai Rasulullah s.a.w.?
‘ Beliau menjawab: Kerana kamu banyak melaknat dan mengingkari keluarga (suami).
Aku tidak melihat wanita-wanita yang kurang akal dan dinnya (agamanya)
dari salah seorang di antara kamu yang dapat menyaingi fikiran seorang laki-laki yang teguh hatinya.’ Mereka bertanya: ‘Apakah kekurangan din dan akal kami wahai Rasulullah s.a.w.?’ beliau menjawab: ‘Bukankah kesaksian seorang wanita seperti setengah kesaksian seorang lelaki?’ Mereka menjawab: ‘Benar’ Beliau berkata: ‘Maka begitulah di antara kekurangan akalnya. Bukankah apabila haid, dia tidak boleh solat dan puasa?
‘ Mereka menjawab: ‘Benar’ Beliau berkata lagi:
‘Maka begitulah di antara kekurangan dinnya.’
Wasiat [2]: Menghindari Dosa-dosa Kecil
Dari Aisyah r.a., dia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:
‘Wahai Aisyah, hindarilah olehmu amal-amal yang remeh
(dan dalam satu lafaz disebutkan: ‘Dosa-Dosa’).
Kerana ada yang akan menuntut dari Allah terhadap amal-amal itu.’
Wasiat [3]: Bekalan Takwa, Lemah Lembut Penghias Segala Sesuatu
"Dari Aisyah r.a., dia berkata: Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepadaku:
"Wahai Aisyah, hendaklah engkau bertakwa kepada Allah Azza wa Jalla dan lemah lembut. Kerana lemah lembut itu sama sekali tidak berada pada sesuatu melainkan menghiasinya,
dan lemah lembut itu sama sekali tidak terlepas dari sesuatu melainkan ia memburukkannya."
"Takwa adalah takut kepada Allah yang Maha Agung, mengamalkan wahyu,
puas terhadap yang sedikit dan bersiap-siap untuk hari berbangkit." Saidina Ali r.a.
Wasiat [4]: Sabar Menghadapi Cubaan
"Dari Ummu Al-Ala’, dia berkata: ‘Rasulullah s.a.w., menjengukku takala aku sedang sakit,
lalu beliau berkata: ‘Gembiralah wahai Ummu Al-Ala’. Sesungguhnya sakit orang Muslim itu membuat Allah menghilangkan kesalahan-kesalahannya, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran emas dan perak."
Wasiat [5]: Janganlah Menghindari Tempat Tidur Suami
Dari Abu Hurairah r.a., dia berkata: Nabi s.a.w. berkata: "Apabila seorang wanita menghindari tempat tidur suaminya pada malam hari, maka para malaikat melaknatnya hingga pagi hari." Dalam suatu riwayat yang lain disebutkan: "Sehingga ia kembali."
Wasiat [6]: Iman Kepada Qada’ dan Qadar dan Menjaga Diri Agar
Tidak Terjerumus Ke Dalam Perkara Ghaib
Dari Aisyah, ummul-Mukminin r.a., dia berkata: ‘Rasulullah s.a.w., pernah diundang untuk mengurusi jenazah anak kecil dari kalangan Ansar. Lalu aku berkata: ‘Wahai Rasulullah, tuba bagi salah satu burung kecil Syurga ini. Dia belum pernah mengerjakan yang buruk dan belum baligh.’ Beliau bertanya: ‘Justeru selain itu ada yang lebih baik. Wahai Aisyah, sesungguhnya Allah menciptakan bagi Syurga para penghuni yang memang sudah diciptakan baginya. Mereka berada di dalam keturunan bapa-bapanya. Dan Allah menciptakan bagi Neraka para penghuni yang memang diciptakan baginya, dan mereka berada dalam keturunan bapa-bapanya."
Wasiat [7]: Janganlah Berkata Keji
Dari Aisyah r.a., dia berkata: Beberapa orang Yahudi mendatangi Nabi s.a.w.,
seraya berkata: ‘Kematian atas dirimu wahai Abul Qasim!’ Beliau menyahut: ‘Wa’alaikum’ (kematian justeru atas dirimu sekalian). Aisyah berkata:
‘Aku berkata: ‘Tetapi atas dirimulah kematian dan kehinaan.’ Lalu aku berkata:
‘Tidakkah engkau mendengar apa yang mereka ucapkan?’ Beliau menjawab:
‘Bukankah sudah kujawab atas mereka seperti yang mereka ucapkan?
Aku berkata: ‘Wa’alaikum. ‘ Dan dalam riwayat lain disebutkan disebutkan:
‘Diamlah wahai Aisyah. Sesungguhnya Allah tidak menyukai kata² keji dan mengata-ngata dengan kata² keji.’
Wasiat [8]: Khitan Bagi Wanita Menurut Sunnah Yang Suci
Dari Ummu Attiyah, bahawa ada seorang wanita melakukan khitan di Madinah, lalu Nabi s.a.w. berkata kepadanya: ‘Janganlah kamu berlebih-lebihan, kerana hal itu akan lebih mendatangkan kenikmatan bagi wanita dan lebih disukai suami.’
Dalam riwayat lain dari hadis Anas bin Malik, dia berkata: Rasulullah s.a.w. berkata:
‘Apabila engkau khitan, maka sederhanakanlah, dan janganlah berlebih-lebihan.
Kerana hal itu lebih menampakkan kecantikan di wajah dan
lebih mendatangkan kenikmatan bagi suami.’
Wasiat [9]: Berlindung Dari Bulan
Dari Aisyah r.a., sesungguhnya Nabi s.a.w. pernah memandang ke bulan seraya berkata:
‘Wahai Aisyah, berlindunglah kepada Allah dari kejahatan ini.
Kerana inilah yang dimaksudkan (ayat). "Kejahatan malam apabila telah gelap gelita".’
Wasiat [10]: Peringatan Untuk Isteri Yang Menuntut Cerai
Dari Thauban r.a., dia berkata: ‘Rasulullah s.a.w. berkata, "Siapapun wanita yang meminta cerai kepada suaminya tanpa ada sebab kekerasan, maka haram baginya untuk mencium bau syurga."
Wasiat [11]: Keturunan Tidak Diperlukan Pada Hari Hisab
Dari Aisyah r.a., dia berkata: ‘Tatkala turun ayat:
‘Dan berilah peringatan kepada kerabat²mu yang terdekat
(Asy Syu’araa’: ayat 214). Rasulullah s.a.w. berdiri di atas bukit Safa,
seraya berkata: "Wahai Fatimah binti Muhammad,
wahai Safiyyah binti Abdil Mutalib, wahai bani Abdil-Mutalib,
aku tidak berdaya menolong kamu semua sedikitpun dari seksa Allah.
Mintalah kepadaku dari hartaku menurut kehendakmu."
Wasiat [12]: Gurauan Yang Dibolehkan
Dari Aisyah r.a., bahawa dia menghantarkan seorang (pengantin)
wanita kepada (pengantin) laki² dari Ansar, lalu Nabi s.a.w. bertanya:
‘Wahai Aisyah, apakah tidak ada hiburan bersamamu semua?
Kerana orang² Ansar itu senang kepada hiburan.’
"Takwa adalah takut kepada Allah yang Maha Agung, mengamalkan wahyu,
puas terhadap yang sedikit dan bersiap-siap untuk hari berbangkit." Saidina Ali r.a.
Wasiat [13]: Doa Menjelaskan Hutang dan Dijauhkan Dari Kemiskinan
Dari Abu Hurairah r.a., dia berkata: ‘Fatimah menemui Nabi s.a.w.
seraya meminta seorang pembantu kepada beliau. Lalu beliau berkata kepada Fatimah,
"Ucapkanlah: ‘Ya Allah, Tuhan langit yang tujuh dan Robbul-’arsy Yang Agung,
wahai Tuhan kami, Tuhan segala sesuatu, yang menurunkan Taurat,
Injil dan al-Quran, yang menumbuhkan butir tumbuh²an dan biji buah²an,
aku berlindung kepadaMu dari segala kejahatan sesuatu,
Engkaulah yang memegang ubun²nya, Engkaulah yang awal dan
tidak ada sesuatu sebelumMu, dan Engkaulah yang akhir dah
tidak ada sesuatupun sesudahMu,
Engkaulah yang zahir dan tidak ada sesuatupun di atasMu,
Engkau yang batin dan tidak ada sesuatupun selain Engkau,
lunaskanlah hutangku dan cukupkanlah aku dari kemiskinan."
Wasiat [14]: Memohon Ampun dan Afiat Kepada Allah
Dari Aisyah r.a., dia berkata: Aku pernah bertanya:
‘Wahai Rasulullah, tahukah engkau,
andaikan aku tahu macam apa lailatul qadar, apa yang harus kuucapkan ketika itu?
‘ Beliau berkata, ‘Ucapkanlah: Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun,
menyukai ampunan. Maka ampunilah aku!"
Wasiat [15]: Apabila Suami Meninggal Dunia
Ummu Atiyyah berkata: ‘Rasulullah s.a.w. berkata,
tidak boleh bagi wanita yang beriman kepada Allah dan
hari akhirat untuk berkabung dan tidak mahu berhias lebih dari tiga (hari),
kecuali kerana kematian suami. Maka dia tidak boleh bercelak dan
tidak mengenakan pakaian celup kecuali serban.’
Wasiat [16]: Larangan Menyambung Rambut Wanita
Dari Sa’id Al-Muqbiri, dia berkata: ‘Aku pernah melihat Mu’awiyah
bin Abu Sufyan berada di atas mimbar sambil memegang satu
di antara beberapa gulungan rambut wanita,
seraya berkata, ‘Mengapa justeru para wanita melakukan seperti benda ini!
Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. berkata:
‘Siapapun wanita yang menambahkan rambut yang bukan
yang bukan bahagian dari kepalanya,
maka itu adalah kepalsuan yang ditambahkannya ke dalam rambut itu."
Wasiat [17]: Wasiat Untuk Wanita Isithadhah
Dari Aisyah, dia berkata: ‘Fatimah binti Abu Hubaisi datang kepada Rasulullah s.a.w.
seraya berkata: ‘Aku adalah wanita yang istihadhah, maka aku tidak suci.
Apakah aku boleh meninggalkan solat?’ Beliau menjawab: "Tidak.
Itu hanyalah darah yang banyak keluar dan bukan (darah) haid.
Maka apabila datang haid, tinggalkanlah solat. Dan apabila sudah
berhenti maka cucilah darimu darah itu, kemudian solatlah!"
Wasiat [18]: Hak² Suami Terhadap Isteri
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. berkata:
" Tidak halal bagi wanita berpuasa, sedang suaminya hadir kecuali dengan izinnya dan janganlah dia memberi izin (orang lain berada) di rumah suaminya kecuali dgn izinnya.
Dan apapun yang dia belanjakan dari sebahagian nafkah tanpa perintahnya,
maka diberikan kepada suami separuh daripada pahalanya."
Wasiat [19]: Sebab² Yang Memasukkan Wanita Ke Dalam Syurga
Dari Abu Hurairah r.a., dia berkata: ‘Rasulullah s.a.w. berkata:
"Apabila wanita mendirikan solatnya yang lima,
berpuasa bulan (Ramadhan)nya, memelihara kemaluannya dan mentaati suaminya,
maka dia masuk syurga dari pintu² syurga manapun yang dikehendakinya."
Wasiat [20]: Jangan Meratap Tangis Kerana Musibah
Dari Abu Malik Al-Asy’ari r.a, sesungguhnya Nabi s.a.w. berkata:
‘Apabila wanita yang meratap tangis tidak bertaubat sebelum dia meninggal,
maka dia akan dibangkitkan pada hari kiamat, dan di tubuhnya dikenakan
jubah yang penuh tar dan baju besi yang penuh penyakit kudis.’
Wasiat [21]: Doa Yang Sempurna
Dari Aisyah r.a., bahawa Abu Bakar As-Siddiq r.a. menemui Rasulullah s.a.w.
lalu beliau membicarakan sesuatu dgnnya, yang disembunyikan dari Aisyah,
ketika itu Aisyah sedang solat. Lalu beliau berkata: ‘Wahai Aisyah,
hendaklah engkau mengucapkan bacaan yang sempurna yang lain
"Tatkala Aisyah sudah salam, dia menanyakan kepada beliau.
beliau berkata: ‘Ucapkanlah: "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu
semua kebaikan, yang lalu dan yang akan datang, yang kuketahui dan yang tidak kuketahui. Aku berlindung kepadaMu dari semua kejahatan, yang lalu dan yang akan datang
yang kuketahui dan yang tidak kuketahui. Dan aku memohon syurga kepadaMu
yang dapat mendekatkan ke sana, berupa perkataan atau perbuatan.
Dan aku berlindung kepadaMu dari neraka dan apa yang mendekatkan ke sana
berupa perkataan atau perbuatan. Dan aku memohon kebaikan kepadaMu
seperti yang diminta hamba dan RasulMu, Muhammad, kepadaMu.
Dan aku berlindung kepadaMu dari kejahatan seperti hamba dan RasulMu,
Muhammad, yang memohon perlindungan kepadaMu.
Dan aku memohon kepadaMu urusan yang Engkau tetapkan bagiku,
agar Engkau menjadikan kesudahannya sebagai kebenaran."
Wasiat [22]: Umrah Pada Bulan Ramadhan
Ibnu Abbas r.a. berkata: ‘Rasulullah s.a.w. berkata kepada seorang wanita
dari kalangan Ansar, ‘Apa yang menghalangimu untuk haji bersama kami?’
Wanita itu menjawab, ‘Kami mempunyai unta yang kami pergunakan untuk mengairi.
Lalu Abu Fulan menaikinya, begitu pula anak unta itu bagi isterinya dan anaknya
dan dia meninggalkan seekor unta agar dipergunakan untuk mengairi.
‘ Beliau berkata, ‘Apabila datang bulan Ramadhan, maka umrahlah pada bulan itu,
kerana umrah pada bulan Ramadhan serupa dengan haji.’
Wasiat [23]: Wasiat Sebelum Tidur
Ali berkata: ‘Fatimah mengeluhkan bekas alat penggiling yang dialaminya.
Lalu pada saat itu ada seorang tawanan yang mendatangi Nabi s.a.w.
Maka Fatimah bertolak, namun tidak bertemu dengan beliau.
Dia mendapat Aisyah. Lalu dia mengkhabarkan kepadanya.
Tatkala Nabi s.a.w. tiba, Aisyah mengkhabarkan kedatangan Fatimah kepada beliau.
Lalu beliau mendatangi kami, yang ketika itu kami hendak masuk tidur.
Lalu aku mula berdiri, namun beliau berkata, "Tetaplah di tempatmu".
Lalu beliau duduk di tengah kami, sehingga aku dapat merasakan dinginnya
kedua telapak kaki beliau di dadaku. Beliau berkata:
‘Ketahuilah, akan kuajarkan kepadamu sesuatu yang lebih baik daripada
apa yang engkau minta kepadaku. Apabila engkau hendak tidur,
maka bertakbirlah tiga puluh empat kali, bertasbihlah tiga puluh tiga kali,
dan bertahmidlah tiga puluh tiga kali, maka itu lebih baik bagimu daripada seorang pembantu."
Wasiat [24]: Haram Memakai Minyak Wangi Ketika Solat Berjemaah dan Berpergian
dari Abu Hurairah r.a., dia berkata: ‘Rasulullah s.a.w. berkata:
"Siapapun wanita memakai (bau harum) dupa,
maka janganlah ikut solat isyak yang akhir bersama kami.
" Dari Zainab Ath-Thaqfiyyah, sesungguhnya dia pernah membicarakan
tentang Rasulullah s.a.w., bahawa beliau berkata: "Apabila salah seorang di antara kamu ikut solat isyak, maka janganlah memakai minyak wangi pada malam itu.
" Dan dalam suatu riwayat disebutkan: "Apabila salah seorang
di antara kamu memasuki masjid, maka janganlah memakai minyak wangi."
Wasiat [25]: Larangan Berpergian Kecuali Bersama Mahram
Dari Abu Hurairah r.a., dia berkata, ‘Rasulullah s.a.w. berkata: ‘Tidak diperbolehkan bagi wanita yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat untuk berpergian dengan jarak perjalanan sehari semalam, tanpa disertai mahram.’ Dalam riwayat lain disebutkan:
‘Janganlah wanita berpergian selama tiga hari kecuali bersama mahram.’
Wasiat [26]: Pahala Kerana Kematian Tiga Orang Anak
Dari Abu Said Al-Khudry r.a., dia berkata, ‘Para wanita berkata kepada
NAbi s.a.w.: ‘Kaum laki² mengalahkan kami atas diri engkau maka buatlah bagi kami satu hari dari waktumu.’ Maka beliau menjanjikan kepada wanita satu hari yang pada saat itu beliau akan menemui mereka. Lalu beliau memberi nasihat dan perintah kepada mereka.
Maka di antara yang beliau ucapkan kepada mereka: ‘Tidaklah di antara kamu sekalian ada seorang wanita yang dahulu mati tiga anaknya melainkan baginya penghalang dari api Neraka’. Lalu ada seorang wanita yang bertanya, ‘Bagaimana dengan dua anak?
‘ Maka beliau menjawab: ‘Juga dua anak.’
Wasiat [27]: Wasiat Untuk Ummahatul Mukminin
Dari Aisyah, Ummul Mukminin, dia berkata: ‘Rasulullah s.a.w. berkata:
"Yang paling cepat bertemu dengan aku (sepeninggalanku) adalah yang paling panjang tangannya di antara kamu." Aisyah berkata: ‘Lalu mereka saling menghulurkan, siapakah di antara mereka yang paling panjang tangannya.’ Aisyah berkata lagi: ‘Maka yang paling panjang tangannya di antara kami adalah Zainab, kerana dia selalu bekerja dengan tangannya sendiri dan sedekahnya.
Wasiat [28]: Wasiat Untuk Mendapatkan Pahala Yang Besar
Dari Ibnu Abbas bahawa Juwairiyah, sesungguhnya Nabi s.a.w.
keluar dari tempatnya pada waktu pagi dinihari tatkala hendak
solat subuh sedangkan Juwairiyah berada di tempat solatnya.
Kemudian setelah waktu dhuha beliau pulang dan ternyata
Juwairiyah masih tetap duduk. Lalu beliau bertanya:
‘Jadi engkau masih seperti keadaan tatkala aku meninggalkanmu?
Dia menjawab: ‘Benar’. Nabi s.a.w. berkata: ‘Telah kukatakan sesudahmu empat ucapan sebanyak tiga kali, jika ia ditimbang dengan apa yang engkau katakan sesudah hal ini
tentu ia akan memberatkan timbangannya, iaitu Subhanallah,
‘adada khalqihi, waredha nafsihi, wazinata ‘arsyihi,
wa midada kalimatihi (Maha Suci Allah, dan dengan
pujiNYA sebanyak makhlukNya dan seberat ‘ArasyNya dan seluas kalimatNya.’
Wasiat [29]: Wasiat Ketika Berlalu di Jalan
Dari Abu Hurairah r.a.,
berkata: ‘Rasulullah s.a.w. berkata: "Tengah jalan bukanlah bagi wanita."
Wasiat [30]: Wasiat Menggunakan Ruqyah Kerana Pandangan Mata
Dari Aisyah r.a. berkata, Nabi s.a.w. masuk lalu mendengar bayi menangis,
lalu beliau berkata, "Mengapa bayimu ini menangis?
apakah kamu semua tidak memberi ruqyah kepadanya kerana pandangan mata?"
Wasiat [31]: Wasiat Yang Dapat Memperbaiki Semua Urusan Wanita
Dari Anas bin Malik r.a., dia berkata: Rasulullah s.a.w. berkata kepada Fatimah r.a.:
‘Apa yang menghalangimu untuk mendengar wasiatku kepadamu, iaitu hendaknya engkau mengucapkan pada waktu pagi dan petang; "Wahai Yang Maha Hidup, wahai Yang Maha berdiri sendiri, dengan rahmatMu aku memohon pertolongan, perbaikilah bagiku semua urusanku, dan janganlah Engkau biarkan diriku dengan sekilas pandang."