Archive for September, 2006

Nota buat sahabiah muslimatku….

Sunday, September 24th, 2006

Assalamualaikum wrm wbt

Diharap agar dapatlah kita sebar-sebarkan risalah ini kepada rakan-rakan
muslimah atau adik-adik perempuan kita..insyaAllah punya manfaatnya…. Peringatan Buat Saudariku……

Saudariku…..Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.

Kau umpama sekuntum bunga , harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu namun…..tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang…lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar ,dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap
sang kumbang ……. tapi awas duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya……

Saudariku…..saya suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahidah.Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah…

Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk ….. ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya.

Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah ……umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup ….sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah, wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam……

Namun …………. ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebih lagi title gadis yang kau miliki sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada …

Namun ingatlah saudariku….sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu, yang

Penting gadisku engkau mesti punyai azam , usaha dan
istiqomah……….

Saudariku…..Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki…Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentingimu…

Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu " Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku
terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita"….

Oleh itu saudariku setiap langkah dan tindakanmu hendaklah
berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah, jangan biarkan orang
lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu…..
Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan
kaum Adam…

Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah
yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tangan
mu…..

Saudariku… Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insani namun ramai diantara kamu yang tewas kerana cinta… Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai.Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta…

Benarlah sabda Rasulullah SAW "Sesungguhnya cinta itu buta"
cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan
perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan cinta
itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT…

Sebelum kau mendekati cinta , cintailah dirimu terlebih dahulu ,
mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik ,yang berasal
daripada setitis air yang tak berharga lalu mengalami proses
pembentukan yang direncanakan oleh Allah..

Semoga disana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan
terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada
penciptamu…………

Saudariku… Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai tapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali.. Dalam seusia mu sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina syakhsiah muslimahmu…..

Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak
dalam hati orang yang melakukan maksiat.

Buat akhirnya terimalah kata-kata seorang ahli sufii iaitu
Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama :
"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi
untuk seseorang insan , kerana ia tidak kekal , cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal , kecewa ,menderita dan terseksa, oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia sendiri.

"ANTARA TANDA KEBERKATAN SESEORANG WANITA ITU IALAH, CEPAT PERKAHWINANNYA, CEPAT PULA KEHAMILANNYA DAN RINGAN PULA MAHARNYA……"

MiNdA MuSLiMaH

Sunday, September 24th, 2006

MINDA :- Fikiran atau pemikiran.
MUSLIMAH :- Individu wanita yang ingin dan sentiasa berusaha mengarahkan seluruh penjuru kehidupannya agar berlaku penyerahan yang mutlak kepada Penciptanya bukan selainnya sama ada yang bernyawa atau tidak.

MINDA MUSLIMAH :- minda yang benar-benar memahami tujuan ia diujudkan di dunia, mengenali Penciptanya dengan sebenar pengenalan. Sangat prihatin terhadap tanggungjawabnya sebagai hamba kepada Khaliqnya. Minda Muslimah adalah minda yang sejahtera sentiasa berusaha membaiki diri di samping membaiki masyarakat sekelilingnya. Mengharmonikan hubungannya kepada Allah di samping memesrakan hubunganya kepada sesama hamba.
1. Ketika menjadi seorang anak, Minda Muslimah yang benar akan mengajaknya menjadi anak yang solehah dengan menjaga amanah-amanah pengajian dan mentaati kedua ibubapa demi Tuhanya.
2. Tatkala ia menjadi seorang ibu, dialah guru. Minda Muslimah akan menyeru kepadanya agar menjadi ibu yang sabar menghadapi karenah anak-anak kerana menyedari hakikat bahawa anak-anak adalah amanah. berusahalah dia membaiki dirinya agar dicontohi dengan memenuhi ruang hidup bersama ilmu dari pelbagai sumber.
3. Apabila ia seorang isteri, Minda Muslimah mendorongnya berusaha mencontohi wanita solehah di kalangan Ummahatul Mukminah. Mendidik dan meninjak jiwanya mengikut peraturan syariat supaya bahtera rumahtangganya selamat di dunia dan akhirat.
4. Di waktu ia seorang kekasih atau tunangan seorang lelaki, Minda Muslimahnya akan mengawal dan mengingatkan dirinya cinta yang hakiki hanyalah kepada Allah S.W.T. Maka, terjagalah batas-batas syara’ dalam tiap tindakannya.
5. Semasa ia seorang yang bekerjaya sama ada doktor, guru, usahawan atau sebagainya, Minda Muslimah mengarahkan tindakannya menjadi petugas yang terbaik bagi bidangnya. Sentiasa berusaha memahirkan diri, berjuang dalam persaingan yang sihat berlandaskan hukum syariat.

Minda Muslimah mestilah hurriyyah –merdeka- dari ikatan lain selain Allah. Menyedari hakikat pengetahuan Allah meliputi batu yang pejal dan merangkumi tujuh lapis langit yang tinggi. Apalah ertinya sehelai ‘cadur’ –niqab/purdah- yang nipis sedangkan mata zahir dan mata hati yang liar dari mengingati Allah. Digantikan perasaan dan nafsu yang tidak dipagari Zikrullah. Nauzubillah. Kepada Allah kita memohon minda dan jiwa kita sentiasa muslimah tidak terpisah dari Cahaya Allah walau sekelip mata. Amiiinn…

Sesekali menyelidiki diri dengan muhasabah kerana ketika Minda Muslimah tidak dicapai pasti ia tidak sentiasa berada di puncak, bergantung kepada Iman yang bertambah dan kadangkala berkurang. Itulah hakikat kehidupan dan keimanan sebagai ujian daripada Allah.

Demi minda yang merdeka, pengorbanan, kepayahan, mujahadah, perjuangan nafsu zahir dan batin haruslah diharungi dengan semangat ‘Rajulah’–kejantanan- meskipun kita seorang wanita. Setiap usaha dan kepenatan serta kesusahan ada ganjarannya di sisi Allah S.W.T. Kata-kata seperti kejayaan seorang lelaki pastilah perempuan di belakangnya menyemarakkan Minda Muslimah kita untuk terus berperanan ke arah tindakan menuju Mardhatillah, Insya Allah.

Berilah peluang, bukakan pintu ilmu buat Minda Muslimah kita berkembang. Minda-minda muslimah apabila ia bergabung apatah lagi dengan bantuan Minda Muslim pasti akan mampu mengubah sesebuah masyarakat ke arah yang diredhai Allah.Itulah matlamat kehidupandan sempunalah tugas Khalifah fil Ardh.

Segarkan Minda Muslimah dengan janji Allah. Allah akan menanyakan apa usaha kita bukan apa kejayaan kita. Ingatilah , penghargaan Allah kepada insan bernama wanita dengan terteranya surah an-Nisa’ dan surah Maryam.

Oleh : Ustazah Asiah Mohd Shahar

ingatkah dikau wahai muslimah…

Sunday, September 24th, 2006

* Ingatkah dikau di mana di dalam sejarah
sepasang mata menjadi hadiah?
"Kenapa kau mngikutiku?"
"saya tertarik dengan kecantikanmu"
Jawapan yang cukup angkuh
Namun mengundang seribu sesalan
Bila bungkusan merah diterima di tangan *

Muslimat…
Contohilah wanita itu
Bukanlah dengan mencungkil matamu
tetapi dengan menjaga peribadimu

Wahai Muslimat…
saya sering bertanya
Bagaimana engkau masih sanggup memaniskan muka
menghadiahkan senyuman
meramahkan bicara
kepada lelaki yang bukan muhrim
Apakah engkau ini berani
menguji jiwa lelaki
yang sememangnya diciptakan Allah
Dahaga kepada keindahan wanita
Walaupun sekadar muka yang manis
Benar
Wanita itu telah menemui ajalnya
Namun diiringi keredhaan Ilahi
dan diinsafi seorang lelaki
yang akhirnya menjadi sufi

Muslimat…
Begitulah perjuanganmu
Tundukkan pandanganmu
Keraskan suaramu
Seriuskan perwatakanmu
Tampilkan ketegasanmu
Bila engkau di depan atau di belakang
Atau di kiri atau di kanan lelaki
Walau atas alasan apa sekalipun
Ketuk keegoan mereka
Bangunkan mereka dari mimpi
Jelaskan dengan amalmu
Bahawa percampuran bukan caranya
Bahawa keseronokan ini palsu
Bahawa di sini tiada kebahagiaan
Hanya kehancuran

Muslimat…
Inilah jalanmu
lalu mungkin engkau akan melihat
Di kalangan remaja ini
Akan lahir Rijaluddin
Berjiwa pejuang
Sebagaimana lahirnya
Sebagaimana bangkitnya
dah’ie bernama Hassan Al-BAsri
Bila sepasang mata menjadi hadiah

renungkan dengan mata hati kerana
pandangan mata selalu menipu
pandangan akal selalu tersalah
pandangan nafsu selalu melulu
pandangan hati itu yang hakiki…