Archive for May, 2006

Bicara Hati Seorang Wanita

Saturday, May 27th, 2006

Segala puji hanya bagiMu Tuhan
Lantaran telah menjadikan daku seorang wanita
Dicipta dari
tulang rusuk kiri Adam
Dengan seindah dan sebaik ciptaan

Daku…..
Si tulang bengkok
Yang KAU gubah dengan kekuatan pe
rasaan
Mengatasi panjangnya akal fikiran, sebag
ai fitrah dan anugerah
Hasil doa seorang lelaki
Namun Y
a Allah
Biarlah kejadianku memberi guna, bengkok yang ada manfaatnya.

Kiranya daku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami, seorang mujahid
Pengembang perjuangan disayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati, sahabat setia, penyejuk mata, pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Saidatina Khadijah
Ketenangan baginda Rasulullah, utusan Allah.

Bebas jiwa dari belenggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti fatimah yang seringkali ditinggalkan suami,
Saidina AliDihantar pemergiannya tanpa bertanya
“Bila kan pulang?”
Disambut kepulangannya dengan penuh khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya CINTA ketuhanan, Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlega dicelahan periuk belanga
Di sebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam di alam sejagat
Menjadi pentadbir di sebalik tabir!!!

CaRa waNiTa bErJaLaN

Saturday, May 27th, 2006
Cara Wanita Berjalan
                   
1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti
tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya
berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak
jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung
perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti
ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah,
wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang
tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang
yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi
jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini
biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri.
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia.
Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini
tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan
teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha
untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini
senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk. Cara be rjalan
melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang
tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang
yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk
menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya
sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya
yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan
kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya
menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk
ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab,
wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan
mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita
seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh,
bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan
sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya,
jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang
lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu
berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita
seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang
berpengalaman luas.

5. Jika berjala n badan bergerak ke kanan dan kiri.
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian
tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa
pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap
kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan
kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya
yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang
akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya
merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini
tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu
urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya
bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia
memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita
ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah
dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari
tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika
melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak kedepan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah
perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah
tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita
seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak
tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

BIMBINGAN KE ARAH WANITA SOLEHAH

Friday, May 26th, 2006

Indahnya bergelar muslimah, telah dijanjikan sejuta kebaikan dan sesungguhnya janjiNya itu adalah pasti! Kagum tercurah dengan kesetiaan Siti Khadijah ra, wanita kesayangan Nabi. Pada kesanggupan Sumayyah berkorban demi cintaNya, wanita pertama meraih syahid. Pada ketabahannya berpisah dengan kekasih di bumi untuk mengejar kekasih langit, Ummu Salamah. Pada semangat juang srikandi Islam meskipun dia hanya wanita, Ummu Umarah.

Mereka memiliki kualiti sebagai wanita solehah, sepadan berdampingan dengan lelaki soleh. Namun, kualiti itu telah dicari, diasuh dan dibentuk agar ciri-ciri wanita solehah karib dengan diri.

Hanya muslimah yang mengerti akan hakikat kehidupan sebagai seorang hamba Allah akan pandai dan faham untuk menjadikan dirinya benar-benar bersedia untuk bergelar wanita solehah.

1. Kesempurnaan rohani

Dalam usaha untuk mencapai kesempurnaan hidup bagi seorang muslimah faktor yang terpenting iaitu mendidik rohani atau jiwa ke arah lebih baik dan diredhai Allah SWT. Kerana dengan menyuburkan keimanan di dalam jiwa dan dibuktikan dengan amal soleh jiwa seseorang akan menjadi tenteram.

Seorang muslimah hendaklah berusaha meninggalkan segala aktiviti yang boleh menyebabkan dosa-dosa besar dan dosa-dosa kecil. Sama ada dalam bentuk dosa syirik mahupun dosa memfitnah dan sebagainya. Sebaliknya ia rindu untuk mengerjakan pekerjaan yang bersifat kebajikan dan mendatangkan manfaat pada dirinya sendiri juga orang lain. Dengan cara demikian maka kehidupan seorang muslimah yang sejati iaitu mengabdi kepada Allah SWT dan memperolehi keredhaanNya akan tercapai.

Beramal soleh dan meninggikan mutu ibadah hanya didapati melalui ilmu pengetahuan, maka kaum muslimah dituntut supaya mencari ilmu agama yang lebih sempurna, agar dia memperolehi kedamaian rohani. Setelah itu sentiasa mengingat Allah dan bekerja sesuai dengan ketentuan Allah SWT.

”Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik.

2. Kesempurnaan jasmani

Muslimah perlulah berusaha menjaga kesihatan jasmaninya dengan cara yang lebih baik. Apabila muslimah sakit, ia akan menjadi bebanan kepada diri sendiri dan orang lain. Ia boleh berhias dan sentiasa menjaga kebersihan badannya dalam usaha beribadah kepada Allah.

3. Kesempurnaan akal fikiran

Muslimah harus mempunyai akal yang cerdas serta jauh memandang ke hadapan. Ia mampu menolak kejahatan dan kemungkaran yang mungkin menimpa dirinya. Jika ia pandai membezakan antara yang baik dan yang buruk atau antara yang di suruh oleh agamanya dan yang dilarang oleh agama, maka ia tidak akan mudah dipujuk rayu oleh lelaki yang berniat mahu menggodanya ke arah kemaksiatan.

Kesempurnaan akal fikiran itu akan diperolehi oleh seorang muslimah jika ia menuntut ilmu pengetahuan serta mengenal dan mendalami isi kandungan AlQuran dan Sunnah Rasulullah saw. Dengan demikian ia akan mendapat bekal yang cukup untuk membimbing dirinya sendiri, anak-anak serta seluruh keluarganya. Kerana ia faham mendidik minda untuk memperoleh pengetahuan, pengalaman dan buah aqal yang mulia.

4. Kesempurnaan akhlak

Mencapai kesempurnaan akhlak muslimah merupakan perkara yang penting dan mulia. Kerana ia mrupakan gambaran secara keseluruhan keperibadian seseorang. Jika akhlak muslimah itu buruk, maka seseorang akan mengambil kesimpulan bahawa segala aspek yang ada dalam dirinya adalah buruk. Kerana akhlak gambaran dari diri seseorang.

Akhlak yang mulia iaitu akhlak yang mampu menolak kemungkaran. Kemudian bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT. Kemudian ia sanggup untuk melakukan yang terbaik dan diredhai Allah untuk dirinya sendiri dan bukan lain.

Beauty Tips

Thursday, May 25th, 2006

For attractive lips,
Speak words of kindness.
For lovely eyes,
Seek out the good in people.
For a slim figure,
Share your food with the hungry.
For beautiful hair,
Let a child run his or her fingers through it once a day.
For poise,
Walk with the knowledge you’ll never walk alone.
People, even more than things, have to be restored, renewed, revived, reclaimed, and redeemed;
Never throw out anybody.
Remember, If you ever need a helping hand, you’ll find one at the end of your arm.
As you grow older, you will discover that you have two hands, one for helping yourself, the other for helping others.
The beauty of a woman is not in the clothes she wears, The figure that she carries, or the way she combs her hair.
The beauty of a woman must be seen from in her eyes, because that is the doorway to her heart, the place where love resides.
The beauty of a woman is not in a facial mole, but true beauty in a woman is reflected in her soul.
It is the caring that she lovingly gives, the passion that she shows, And the beauty of a woman with passing years-only grows . . .

MUSLIMAH DAN DAKWAH

Thursday, May 25th, 2006

Assalamua’laikum saudari muslimahku…
Doaku moga dirimu dan diriku sentiasa dipayungi limpahan rahmat kasih sayangNya, insyaAllah.

Dalam keripuhan masa, mengejar imtihan, masih lagi diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk pena siberku menitipkan barang seungkai kata buat saudari muslimahku, penziarah Leave It To Allah.

Dakwah dan muslimah. Bukan perkara pelik pada pendengaran halwa telinga. Tetapi, ia adalah satu tuntutan kepada kita. Malah, satu kewajipan dan tanggungjawab. Sudah terlangsaikah tanggungjawab nan satu ini? Atau kita sendiri masih terkapai-kapai mencari arah dakwah.

Sejenak mentelaah sirah perjuangan dakwah Rasulullah saw, kerasulan Baginda pertama diakui oleh Siti Khadijah ra, wanita mulia selaku pendokong setia dakwah islamiyyah Rasulullah saw. Di saat bangsa Quraisy menyisihkan Baginda, Siti Khadijah menjadi peniup semangat Rasulullah saw untuk terus menyampaikan risalah agama. Wanita itu telah melunaskan tanggungjawab sebagai pendakwah hingga akhir hayatnya. Pengorbanannya sukar untuk dinilai dengan harta duniawi. Lihat pada diri kita, mampukah kita menjadi seperti idola kita, Siti Khadijah ra, sanggup berjuang dan berdakwah demi menegakkan kalimah Allah hingga mengorbankan harta duniawi dan diri?

Dibawakan cebisan kisah wanita solehah yang telah mengorbankan nyawanya demi kalimah syahadah, Sumayyah. Dialah wanita pertama yang syahid demi mempertahankan Islam. Dia wanita! Dan kita juga wanita, namun kemampuan kita untuk mempertahankan syahadah kita, adakah sekadar hiasan di bibir semata?

Menjengah kisah Umar al-Khattab, seorang bangsawan Quraisy yang terkenal. Tamparan hebat sehingga berdarah bibir adiknya, Fatimah binti Khattab telah membawa kepada pengislamannya. Khalifah Ustman, terdorong dengan ajakan ibu saudaranya Saudah, lalu Islam menjadi anutan kemas di hatinya. Lihatlah, mereka yang bergelar wanita ini telah menunaikan tanggungjawab sebagai pendakwah, tetapi bagaimana dengan kita?

Lakukanlah amanah dakwah ini terhadap anggota keluargamu. Sanggupkah kita melihat ibu, ayah, suami malah anak-anak tersayang menjadi habuan api neraka kerana kealpaan kita? Kita mempunyai kelebihan, sifat keibuan dan kelembutan yang Allah anugerahkan itu, usah persiakan. Gunakan dan manfaatkanlah dengan sebaiknya. Di sebalik kelembutan, didiklah anak-anak dan keluargamu mengenal agama Allah. Jadikanlah keluargamu sebagai institusi dakwah dan tarbiyyah. Seterusnya, teruskan usahamu terhadap ummah. Kau mampu. Tangan yang mengoncang buaian juga mampu mengoncang dunia. Lalu, goncangkanlah kelekaan saudaramu akibat keseronokan duniawi yang bersifat sementara. Sedarkan mereka dengan hakikat perjuangan Islam yang masih tersisa, untuk meraih keredhaanNya. Itulah kunci ketenangan dalam hidup yang hakiki.

Akhir pena siberku, kutitipkan Firman Allah SWT, sebagai kesimpulan segala bebelanku di atas. Surah Yusuf, ayat 108.

”Katakanlah (wahai Muhammad), ”Inilah jalanku, (yaitu) mengajak (manusia) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, (jalan) aku dan juga jalan orang-orang yang mengikutiku.”

Seorang gadis itu………

Thursday, May 25th, 2006

Seorang gadis itu …

yang lembut fitrah tercipta,
halus kulit, manis tuturnya,
lentur hati …
telus wajahnya,
setelus rasa membisik di jiwa,
di matanya cahaya,
dalamnya ada air,
sehangat cinta,
sejernih suka,
sedalam duka,
ceritera hidupnya…

seorang gadis itu …

hatinya penuh manja,
penuh cinta, sayang semuanya,
cinta untuk diberi …
cinta untuk dirasa …
namun manjanya
bukan untuk semua,
bukan lemah,
atau kelemahan dunia …
ia bisa kuat,
bisa jadi tabah,
bisa ampuh menyokong,
pahlawan-pahlawan dunia …
begitu unik tercipta,

lembutnya bukan lemah,
tabahnya tak perlu pada
jasad yang gagah …
seorang gadis itu …
teman yang setia,
buat Adam dialah Hawa,
tetap di sini …
dari indahnya jannah,
hatta ke medan dunia,
hingga kembali mengecap ni’matNya …

seorang gadis itu …

bisa seteguh Khadijah,
yang suci hatinya,
tabah & tenang sikapnya,
teman ar-Rasul,
pengubat duka & laranya …
bijaksana ia,
menyimpan ílmu,
si teman bicara,
dialah Áishah,
penyeri taman Rasulullah,

dialah Hafsah,
penyimpan mashaf pertama kalamullah …
seorang gadis itu …
bisa setabah Maryam,
meski dicaci meski dikeji,
itu hanya cerca manusia,
namun sucinya ALLah memuji …

seperti Fatimah kudusnya,
meniti hidup seadanya,
puteri Rasulullah …
kesayangan ayahanda,
suaminya si panglima agama,
di belakangnya dialah pelita,
cahya penerang segenap rumahnya,
ummi tersayang cucunda Baginda …

bisa dia segagah Nailah,
dengan dua tangan
tegar melindung khalifah,
meski akhirnya bermandi darah,
meski akhirnya khalifah rebah,
syaheed menyahut panggilan Allah .

seorang gadis itu …

perlu ada yang membela,
agar ia terdidik jiwa,
agar ia terpelihara …
dengan kenal Rabbnya,
dengan cinta Rasulnya …
dengan yakin Deennya,
dengan teguh áqidahnya,
dengan utuh cinta yang terutama,
Allah jua RasulNya,
dalam ketaatan penuh setia .
pemelihara maruah dirinya,
agama, keluarga & ummahnya …

seorang gadis itu …

melenturnya perlu kasih sayang,
membentuknya perlu kebijaksanaan,
kesabaran dan kemaafan,
keyakinan & penghargaan,
tanpa jemu & tanpa bosan,
memimpin tangan, menunjuk jalan …
seorang gadis itu …
yang hidup di alaf ini,
gadis akhir zaman,
era hidup perlu berdikari …
dirinya terancam dek fitnah,
sucinya perlu tabah,
cintanya tak boleh berubah,
tak bisa terpadam dek helah,
dek keliru fikir jiwanya,
kerna dihambur ucapkata nista,
hanya kerana dunia memperdaya …
kerna seorang gadis itu,
yang hidup di zaman ini …
perlu teguh kakinya,
mantap iman mengunci jiwanya,
dari lemah & kalah,
dalam pertarungan yang lama …
dari rebah & salah,
dalam perjalanan mengenali Tuhannya,
dalam perjuangan menggapai cinta,
ni’mat hakiki seorang hamba,
dari Tuhan yang menciptakan,
dari Tuhan yang mengurniakan,
seorang gadis itu …
anugerah istimewa kepada dunia!

seorang gadis itu …

tinggallah di dunia,
sebagai ábidah,
daíyah & mujahidah,
pejuang ummah …
anak ummi & ayah,
muslimah yang solehah …
kelak jadi ibu,
membentuk anak-anak ummah,
rumahnya taman ilmu,
taman budi & ma’rifatullah …
seorang gadis itu …
moga akan pulang,
dalam cinta & dalam sayang,
redha dalam keredhaan,
Allah yang menentukan …
seorang gadis itu dalam kebahagiaan!
Moga ar-Rahman melindungi,
merahmati dan merestui,
perjalanan seorang gadis itu …
menuju cintaNYA yang ABADI!

Kejap je rasanye

Thursday, May 25th, 2006
Diriku,
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
Kau terlupa membaja taman hatimu sendiri,
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,
Tersentuh dengan daulatNya,
Merasa terpikul amanah ad-deen ini…
Bukan kerana kau berjamaah,
Namun kerana engkau dibawah perintahNya.
Diriku,
Seringkah kau mencari jalan,
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya,
Agar sentiasa sedar akan keagunganNya,
Insafi kekerdilan,kelemahan,kealpaan dan kesilapan dirimu….?
Ketahuilah diriku,
Hatimu itu keras,khusyu’mu kurang,
Syukur dan redhamu tidak banyak kau hadiahkan padaNya,
Terlalu banyak kurang dan salahmu…
Diriku,
Tunaikanlah solatmu dalam khusyu’dan tenang,
Muhasabahlah dirimu kala sunyi,
Selamilah kalam-kalam Al-Quran yang kau perjuangkan,
Padanya ada bekalan,
Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini…
Diriku,
Pada nawafil dan amalan sunat,
Ada jalan yang hampir untukmu berkasih sayang dengan Tuhanmu,
Pada Qiamullail di keheningan malam,
Bersama bisikan doa dan munajatmu,
Diiring esak airmata keinsafan dan keihklasanmu,
Kau akan temui kemanisan taqarrub dibawah duli kebesaranNya…
Disitu ada bekalnya…
Lazimilah awal harimu dengan ma’thurat,
Pasti kau akan mengenali siapa dirimu sebagai daie.
Diriku,
Pada tawadhu’,pada ukhuwahfillah,pada infaQ fi sabilillah,
Pada uzlah muhasabah diri,pada zikir dan selawat,
Ada ketenangan dan kekuatanmu.
Diriku,
Ketahuilah hanya hati yang hidup sahaja,
Yang boleh menberikan nafas kepada hati yang mati..
Hati yang turut sama mati tidak mungkin menyembuhkan,
Hati yang sakit apatah lagi menghidupkan hati yang mati…
Diriku,
Amanahlah kau dihadapan manusia,
Kerana kedaulatan Tuhanmu…
Namun rasailah kekerdilan dirimu,
Dihadapan Qudrat dan IradatNya,
PASAKKAN KEYAKINAN UNTUK SATU PERUBAHAN!
Pandangan mata selalu menipu…
Pandangan akal selalu tersalah…
Pandangan nafsu selalu melulu…
Pandangan hati itu yang hakiki…
Kalau HATI ITU BERSIH…"
"HATI tempat jatuhnya pandangan ALLAH…
Jasad lahir tumpuan manusia…
Utamakanlah pandangan ALLAH…
Daripada pandangan manusia…"
Wallahu A’lam….

Doaku….

Thursday, May 25th, 2006

Tuhanku
Seandainya telah Kau catatkan dia milikku
Terciptalah buatku
Dekatkanlah dia padaku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kemesraan kami
Agar kebahagiaan itu abadi

Dan Tuhanku Maha Pengasih
Seiringkanlah kami melayari
Hidup yang luas ini ke tepian yang sejahtera

Tetapi Tuhanku
Seandainya telah Kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Dan peliharalah diriku dari kecewa

Serta Tuhanku Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya ke dada langit
Dan gelap pekat awan
Walau tanpa dirinya

Dan Tuhanku tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Meskipun tiada yang sama dengan dirinya
Kerana aku pasti
Itulah jauhari dari Mu

:: MUTIARA KATA ::

Thursday, May 25th, 2006

:: MUTIARA KATA ::

Aku Mencari Keberkatan
Keperluan Hidup,
Aku Mendapatinya
Dalam SOLAT DHUHA…

Aku Mencari Penerang
Untuk Alam Kubur,
Aku Mendapatinya
Dalam SOLAT MALAM..,

Aku Mencari Jawapan
Untuk Menjawab Soalan Malaikat,
Aku Mendapatinya
Dalam MEMBACA AL-QURAN…

Aku Mencari Alat
Untuk Berpegang Ketika
Menyeberang Titian Sirat,
Aku Mendapatinya
Dalam PUASA & SEDEKAH…

Aku Mencari
Naungan ‘Arasy,
Aku Mendapatinya
Dalam MENGASINGKAN DIRI
BERIBADAH KEPADA ALLAH TAALA…

“SYAQIQ AL-BALKHI”

tidak perlu mencari teman secantik Balqis , andai diri tidak sehebat Sulaiman A.S, tidak perlu seteguh Nabi ALLAH Ibrahim, andai diri tidak sekuat Siti Hajar, mengapa mengharap teman sehensem Yusuf a.s, jika kasih tidak setulus Siti Zulaika, mengapa didampa teman hidup sehebat Saidatina Khadijah, andai diri tidak sesempurna Rasullullah S.A.W

Kekuatan Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab.
Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.

MuHaSaBaH DiRi

Thursday, May 25th, 2006

DOA SELEPAS SOLAT
Segala puji bagi ALLAH, TUHAN pentadbir seluruh alam.
Rahmat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan kita,Nabi Muhammad S.A.W,
Yang semulia-mulia pesuruhnya dan keatas keluarga
Dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Tuhan kami, hidupkanlah kami dengan IMAN,
Matikan kami dengan IMAN,
Masukkan kami ke syurga bersama-sama IMAN,
Ampunkan segala dosa kesalahan kami dan
Dosa kesalahan ibu bapa kami,
Serta kasihanilah ibu bapa kami sebagaimana mereka
Mereka mengasihi kami sewaktu kami masih kecil.
Ampukanlah juga dosa kaum kerabat kami,
Sahabat handai kami serta seluruh
Kaum muslimin serta muslimat sekalian.
Ya ALLAH akhirkanlah umur kami dengan kesudahan yang baik
Dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami
dengan kesudahan yang buruk.
Ya ALLAH, akhirilah umur kami
dengan kalimah LA ILA HA ILLALLAH
Ya ALLAH ya Tuhan kami, janganlah kiranya
Engkau pesongkan IMAN kami
Setelah Engkau kurniakan kami petunjuk.
Anugerahkanlah kami Rahmat kerana sesungguhnya
Engkau Maha Pengurnia.
Ya ALLAH Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami,
Kebaikan dunia dan akhirat dan peliharalah kami
dari azab api neraka.
Semoga Engkau mencucuri Rahmat dan sejahtera
ke atas junjungan kami,
Nabi Muhammad SAW dan keatas seluruh keluarga
dan sahabat-sahabtnya.
Dan segala puji-puji itu hanya bagi
ALLAH tuhan pencipta seluruh ALAM