PESANAN BUAT WANITA

June 5th, 2008 by am-leoz

PESANAN BUAT WANITA

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: 
"Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain dari yang nyata (mesti terbuka terdiri dari bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya,anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, laki-laki yang menjalankan kewajubannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalannya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah s.w.t, Hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung. (surah An-Nur ayat 31) 

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: 

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk (taat) hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran (suruhan dan larangan) Allah serta (taat) mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan  (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberi kitab sebelum mereka (Yahudi dan Nasrani), setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut (jauh dari zaman nabi mereka) maka hati mereka menjadi keras (dari mengikuti perintah/ajaran nabi mereka) dan banyak di antaranya orang-orang fasik. (surah Al-Hadid ayat 16) 

Bila ayat menutup aurat turun sahaja semua wanita ketika itu tidak kira dari golongan Ansar mahupun Muhajirin dengan segera menutup aurat masing-masing. Yang ada di pasar, yang ada di rumah, yang sedang dalam perjalanan capai apa sahaja untuk menutup aurat masing-masing dengan SEGERA dan bukannya NANTI DULU. Yang tidak mendapat apa-apa mereka segera memalingkan muka menghadap dinding supaya tiada lelaki terpandang wajah mereka. Itulah kekuatan iman yang ada pada wanita-wanita ketika itu. Tetapi kini segala- galanya telah berubah makin jauh kita dari zaman Rasulullah s.a.w. makin kita jauh dari amalan agama. 

Dalam ayat yang sama juga Allah s.w.t. menegur kita supaya tidak menjadi seperti ahli kitab sebelum kita (Yahudi dan Nasrani) di mana semakin mereka jauh dari zaman nabi mereka maka semakin kurang mengamalkan agama. Itulah keadaan kita ketika ini. Saudari-saudari seagama dengan kita bukan tidak tahu kewajiban menutup aurat, tetapi oleh kerana kelemahan iman serta sikap acuh tak acuh membuatkan mereka lalai. Perkataan yang biasa kita dengar dari saudari-saudari kita ialah "belum sampai seruan". Seruan apa yang  ditunggunya atau seruan dari siapa yang sedang mereka tunggu? Bukankah Allah s.w.t. telah seru untuk menutup aurat sejak 14 abad dahulu lagi. Tetapi kenapa masih tak tutup-tutup lagi? 

Lihat lagi ayat di atas Allah s.w.t. berfirma "Katakan kepada orang-orang perempuan yang beriman" Allah s.w.t. dengan khusus gunakan perkataan "beriman" dan bukannya "wahai manusia" kerana segala perintah hanya boleh didukung oleh orang-orang yang beriman sahaja. 

Dalam ayat kedua pun sama yang ditujukan ayat-ayat ini adalah kepada orang-orang yang beriman. Kita kata kami beriman dengan Allah s.w.t, Rasul-rasulNya dan, Kitab-kitabNya tetapi apa yang kita ucapkan dan buat adalah sungguh bertentangan. Allah s.w.t. telah menggariskan peraturan dan rasul telah mengajarkannya dan peraturan itu telah termaktub di dalam kalamNya. Tetapi kenapa masih leka? Kita bimbang kalau-kalau kita dibungkus dengan kain putih sebelum kita sempat menutup aurat. 

Maka wahai saudari-saudari seagamaku (YANG BERIMAN), sebelum terlewat rebutlah peluang yang ada jangan tunggu esok amalkan sekarang juga. Bimbang "Esok tiada bagi mu". Gembirakanlah Allah s.w.t. dan rasulNya dengan mengikut perintah mereka supaya dikala kamu dirundung malang Allah s.w.t. dan rasulNya dapat menggembirakan kamu.

BIAR KAMU TIDAK CANTIK DI MATA PENDUDUK BUMI TETAPI NAMAMU MENJADI PERBUALAN PENDUDUK LANGIT. 

KERUGIAN BAGI WANITA YANG MENOLAK PERKAHWINAN

Sepertimana yang diberitakan kepada kita oleh akhbar Berita Harian, hari ini terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antaranya memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak. 

Justeru itu ramai yang lebih rela jadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan karier kerjanya. 

Sebelum ini saya ada memberi pandangan bagaimana hendak menyelesaikan masalah andartu. Kali ini saya akan dedahkan pula tentang kerugian wanita yang tidak mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada  jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian. Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang ada peluang berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang saya sebutkan di atas tadi. 

Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan  tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan 
negatif untuk melahirkan cahaya. 

Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa seperti di barat. Sungguh pun demikian pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap jelek. Menyerupai para pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di akhirat. 

Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak. bagi kaum wanita, untuk mendapat maqam salehah dan menjadi ahli syurga di akhirat adalah amat mudah. Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.: 

“Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki.” 

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah s.w.t. pun bergantung kepada redha suami. 

Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah di kala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah s.a.w di syurga kelak. 

Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid. Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malah di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin. Sabda Rasulullah s.a.w: 

“Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan." Para sahabat bertanya, “Bagaimana kalau ia telah berkahwin?” Jawab Baginda s.a.w, “Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali).” 

Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi banyak pahala. Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita salehah yang berada dibawah naungan suami.

LUV..???

June 5th, 2008 by am-leoz

Bismilahhirrahmaanirrahim

Terima kasih Tuhan, dengan rahmat dan nikmat-Mu, Engkau buka di hadapan kami ilmu itu penting. Ilmu akan membuatkan seseorang itu akan mendapat hidayah. Sesuai dengan apa yang diberitahu dalam Quran, bacalah dengan nama Tuhan. Dalam erti kata lain Tuhan berkata hendaklah kamu berilmu dengan Tuhan engkau. Tuhan suruh kita membaca ertinya Tuhan suruh kita berilmu. Berilmu di sini atas nama Tuhan. Berilmu kerana Tuhan. Orang berilmu kerana Tuhan, dapat iman dapat ilmu. Orang yang dapat iman dan ilmu Tuhan ceritakan dalam Quran juga yang maknanya, “Tuhan angkatkan orang yang beriman dan orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat.�

Di sini kita faham kalau beriman sahaja tanpa ilmu, darjat tidak ada. Mungkin Tuhan terima tapi berilmu sahaja tanpa iman tertolak, tapi Tuhan bagi darjat bila beriman dan berilmu. Kalau berilmu sahaja tanpa iman tertolak, kalau beriman sahaja tanpa ilmu mungkin Tuhan terima tapi tidak ada darjat, yang ada darjat ada iman, ada ilmu. Sebab itu sabda Rasulullah yang bermaksud, kalau Allah nak jadikan seorang itu baik, diberi faham tentang ilmu. Jadi kalau kita nak dapat darjat mesti dengan iman dan ilmu, kalau iman sahaja tidak boleh, ilmu sahaja lagi tidak boleh. Iman dan ilmu adalah 2 perkara yang kuat menguatkan. Rasulullah saw bersabda kalau orang itu nak ditinggikan darjat akan diberi faham tentang ilmu. Moga-moga kita jadi orang beriman dan berilmu supaya kita dapat darjat di sisi Allah.

Selawat dan salam kepada junjungan besar Rasulullah SAW kerana dialah kita dapat rahmat dan nikmat ini. Marilah kita bersyukur banyak-banyak pada Tuhan, dan marilah kita selawat pada Rasulullah supaya kita dapat syafaat di Akhirat nanti. Kita faham tentang ilmu, kita diberikan iman dan ilmu supaya kita gabungkan iman dan ilmu supaya kita dapat darjat di sisi Tuhan.

Cinta ini merupakan satu ilmu. Kalau kita faham ilmu tentang cinta, boleh meningkatkan keimanan kita kepada Allah SWT. Cinta ini satu sifat yang baik, yang positif. Tuhan cinta, Rasul cinta, manusia semua cinta.

Seperti kita maklum, Rasul-rasul itu semua dicintai oleh Tuhan. Oleh kerana cintanya Tuhan kepada Rasul-rasul, sebab itu Tuhan bagi bermacam-macam gelaran kepada mereka. Tuhan bagi gelaran kepada mereka kerana Tuhan cinta kepada mereka. Ada yang diberi gelaran khalilullah, kalimullah, sirullah, tetapi Nabi Muhammad diberi gelaran habibullah. Gelaran-gelaran itu semuanya itu menunjukkan Tuhan kasih kepada Rasul-rasul. Kalau tidak, tidak diberi gelaran.

Tapi pelik Nabi Muhammad betul-betul istimewa iaitu disebut habibullah. Kekasih Tuhan. Jadi kekasih Tuhan yang digelarkan kepada Rasulullah agung dan istimewa. Dari Tuhan yang Maha Agung kepada Rasul yang agung. Di sini kita lihat Nabi Muhammad seorang Rasul yang paling istimewa hingga dia dapat gelaran habibullah. Oleh kerana Allah itu Kekasih Agung, maka gelaran itu diberi kepada kekasih yang paling agung.

Kasih ini salah satu sifat Tuhan yang ujud pada azali lagi. Oleh kerana Tuhan itu bersifat kasih maka Tuhan cinta kepada hambanya yang berkasih sayang. Cuma perlu diingatkan walaupun Tuhan itu pengasih disuruh juga hamba-Nya pengasih, tapi kasih hamba dan kasih Tuhan tidak sama, walaupun istilah dan perkataan sama tapi hakikatnya tidak sama. Kalau manusia ini satu sama lain kasih ada bermacam-macam cara. Ada yang kasih fitrah. Macam anak kasih kepada ibu ayah. Ada yang kasih nafsu seperti kasih suami isteri. Ianya kasih juga tapi ada bercampur nafsu. Kasih ibu bapa kepada anaknya itu boleh dikatakan kasih fitrah. Ada kasih bersebab. Seperti ada orang buat baik pada kita, kita kasih pada dia, itu bukan kasih nafsu dan fitrah tapi kasih bersebab. Tapi kasih Tuhan bukan kasih bersebab, bukan kasih fitrah dan bukan kasih nafsu. Kalau kita cintakan Tuhan macam makhluk, syirik jadinya walaupun perkataan sama tapi hakikatnya tidak sama.

Makhluk pun kasih sesama antara satu sama lain pun berbeza-beza. Dia ditentukan oleh rasa. Macam seorang yang berkata saya sayang isteri mesti ada campur nafsu. Kalau dia kata saya kasih dengan anak saya bercampur nafsu akan jadi haruan makan anak. Kalau seorang itu berkata dia kasih pada anaknya dia ada rasa yang khusus, tidak seperti seorang yang kata dia kasih dengan isteri. Kalau dia kasih dengan anak perempuan macam dia kasih dengan isteri, bahaya jadinya. Lama kelamaan akan jadi haruan makan anak. Begitu juga kalau seorang kasih dengan isteri macam dia kasih dengan anaknya tidak salah tapi bahaya nanti dia tidak ada kemahuan dengan isteri, bila dekat dengan isteri dia teringat anak, begitulah kalau seorang itu dia kasih isteri macam kasih emaknya nanti dia tidak boleh bergaul dengan isteri. Walaupun istilahnya kasih, tapi tidak sama, itu kasih sesama manusia. Betapa dengan Tuhan, Tuhan kasih kepada makhluk-Nya. Ada Hadis Qudsi menyebut, aku kasih kepada hamba-Ku lebih dari kasih ibu dan ayah pada anaknya. Jangan pula kita bayangkan Tuhan itu kasih fitrah. Tak sedar syirik masuk di situ. Jangan katakan Tuhan itu kasih dari rasa. Kalau kita kata Tuhan itu kasih dari rasa, kita tuduh Tuhan ada hati. Maha Suci Tuhan dari ada hati. Jadi nak kena berhati-hati. Walaupun istilah sama di antara Tuhan dan makhluk, istilah dan perkataaan sama tapi hakikatnya tidak sama.

Kita faham kasih itu satu sifat Tuhan yang ujud sejak azali lagi. Oleh kerana kasih itu satu sifat yang ujud sejak azali lagi, Tuhan suruh sesama makhluk berkasih sayang. Cuma Tuhan ingatkan kepada kita, mengapa Tuhan suruh kita kasih pada makhluk-Nya tapi jangan sampai mengatasi kasih kepada Tuhan kerana Tuhan itu Cinta Agung. Cinta lain itu dibolehkan ikut kadarnya, Cinta Agung yang sebenar ialah Tuhan. Cinta Agung yang sebenar hanya kita bagi pada Tuhan sahaja, cinta kepada yang lain itu hanya ikut saiz sahaja.

Jadi kalau kita nak bagi cinta kepada Tuhan Cinta Agung tapi kepada yang selainnya itu mesti cinta yang sekadar saiznya sahaja. Kita diperintah oleh Tuhan supaya menjadikan Tuhan itu Cinta Agung dan yang lain itu cinta sampingan sahaja. Kalau cinta yang lain itu sudah melampau merosakkan cinta kepada Tuhan, lebih-lebih lagi cinta dunia sangatlah salah sebab Rasulullah cakap salah satu sebab umat Islam akan pecah belah di akhir zaman adalah kerana cinta dunia. Oleh kerana cinta dunia itu sudah atasi cinta Tuhan maka terjadilah pecah belah di akhir zaman, hasil pecah belah itu umat Islam terhina. Sebab mereka itu tidak boleh beri cinta yang agung kepada Tuhan.

Kalau cinta kepada Tuhan itu dianggap cinta agung kalau dapat balasan dan respon dari Tuhan alangkah bahagianya. Tuhan Cinta Agung, kita dapat letakkan Tuhan sebagai cinta agung kemudian dapat balasan cinta dari Tuhan, tidak bahagia ke Tuhan Cinta Agung kemudian Tuhan pun balas cinta kita. Itulah tugas kita datang ke dunia iaitu berusaha menjadikan Tuhan Cinta Agung hingga Tuhan balas cinta kita, hingga kita saling cinta-mencintai. Cuma kita nak kena faham cinta kita pada Tuhan ada caranya. Kalau kita tahu caranya baru dianggap cinta. Begitu juga Tuhan cinta kepada kita tidak sama dengan cara kita cinta satu sama lain. Tuhan cinta ada cara tersendiri, kita cinta ada cara tersendiri. Dalam Quran ada disebutkan begini, jika kamu ingin mencintai Allah, maka ikutlah aku nanti niscaya Tuhan akan cinta akan kamu. Di sini Tuhan bagi tahu pada kita, kita di suruh cinta kepada Tuhan.

Ya Allah Engkau kenalkan bahawa Engkau adalah Tuhan,
Aku bangga,
Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku,
Aku sembah Engkau selalu tidak jemu-jemu,
Janganlah masukkan kedalam hatiku jemu menyembah-Mu,
Ya Allah aku redha Engkau adalah Tuhanku,
Jangan Engkau tukar redhaku selain-Mu,
Aku harap Engkau juga redha denganku,
Redha-meredhailah kita berdua hingga bertemu,
Ya Allah aku berlindung dengan Engkau,
Dari pada ber-Tuhan-kan selain-Mu,
Engkau sudah cukup bagiku sebagai Tuhan,
Memiliki Engkau, aku rasa bahagia,
Jangan Engkau jadikan aku memiliki selain-Mu,
Jangan Engkau jadikan aku memiliki selain-Mu,
Tuhan kerana kelemahanku, aku tidak dapat lagi mencintai-Mu tapi tidak benci,
Walaupun begitu jangan pula,
Engkau tidak mencintai aku,
Aku cuba mencintai-Mu Tuhan,
Tapi belum menjadi kenyataan lagi,
Dengan rahmat-Mu Tuhan, anugerahkanlah rasa cintaku kepada-Mu, Dan juga cinta-Mu kepadaku,
Kuharap kita cinta-mencintai,
Kita berdua cinta-mencintai biarlah kekal abadi,
Kita berdua cinta-mencintai biarlah kekal abadi wahai Tuhan.

Kita disuruh mencintai Tuhan. Rasulullah bagi tahu kalau kita nak cinta Tuhan ada caranya. Bukan cinta fitrah, cinta nafsu atau cinta bersebab antara makhluk dengan makhluk, kalau kena caranya itu dianggap cinta kita kepada Tuhan. Rasulullah pesan pada kita kalau kita cinta dengan Tuhan hendaklah ikut Rasulullah. Bila ikut Rasulullah itu bererti cinta pada Tuhan, otomatik dianggap cinta pada Tuhan, bila itu dianggap cinta pada Tuhan otomatik Tuhan akan cinta pada kita iaitu ikut Rasul.

Apa maksud ikut Rasul, iaitu ikut syariat yang Tuhan turunkan pada rasul, kena ikut sunnah rasul. Kalau syariat yang Tuhan turunkan pada rasul itu kita ikut jadikan panduan hidup kita, sunnah rasul kita jadikan panduan hidup kita maka Tuhan akui itu tanda kita cinta dengan Tuhan.

Kita cinta dengan Tuhan setelah ikut sunnah dan syariat Rasulullah, kita akan dapat respon dari Tuhan. Kalau kita tak dapat respon Tuhan, taklah cinta-mencintai dan redho-meredhoi. Kita cinta Tuhan, Tuhan cinta kita, tapi Tuhan respon, kita tak faham sebab kita orang akal. Tuhan kasih, kita anggap Tuhan benci sebab kita tak faham. Pesan Rasulullah ada sahabat bagi tahu pada Rasulullah, aku nak cinta dengan Tuhan. Apa jawap Rasulullah, kau sanggup ke kena uji? Tuhan respon dengan ujian, itu yang kita tak faham. Kalau kita tak faham, rosaklah. Tuhan akan respon, Tuhan akan cintakan awak iaitu awak kena uji. Allah cintakan Nabi Ibrahim dibakar, sebab Nabi Ibrahim cintakan Tuhan, responnya ialah Tuhan bakar dia.

Cinta kepada kecintaannya, Nabi Musa kerana cintakan Tuhan, respon dari Tuhan ialah masuk laut. Tak boleh diterima akal. Nabi Yusof kerana cintakan Tuhan, datang respon dari Tuhan, Nabi Yusof faham sebab tu dia redho dan seronok sebab itulah respon cinta Tuhan, antaranya terpisah dari ayahnya 40 tahun, masuk penjara 40 tahun, itu respon Tuhan. Rasulullah lagilah habibullah, lagi banyak respon dari Tuhan. Terpaksa perang 27 kali, ISA 3 tahun, macam-macam kesusahan lagi.

Begitu Tuhan cintakan hamba-Nya. Lain betul. Sebab itu saya teringatkan seorang sufi di Baghdad, dia datang dari kampong pergi ke Bandar di Baghdad. Orang sufi ini dia fikir dia dengan Tuhan sahaja. Sekali sekala macam orang tak siuman, datang budak-budak tak faham, pukul dia, batu pasir semua naiklah. Apa kata sufi itu? Ini yang saya nak, buat lagi. Budak-budak hairan, kita pukul dia suruh pukul lagi, kita tabor pasir dia suruh baling lagi. Kerana dia itu cinta dengan Tuhan datanglah respon Tuhan, iaitu Tuhan suruh budak-budak baling dia, pukul dia.

Sebab itu saya ulang lagi pada zaman Rasulullah, seorang sahabat nak pinang seorang gadis, tengok dia selidik dulu, bila selidik-selidik gadis ni tak pernah sakit, Rasulullah kata jangan kamu kahwin dengan dia sebab dia tak ada perhatian Tuhan. Kalau kita tentulah nak kahwin dengan yang sihat, tapi Rasulullah kata jangan, kalau awak kahwin juga tak ada berkat.

Begitulah Tuhan respon bila orang cintakan Dia, kalau seorang itu dibala dan diuji itu memang satu kehinaan, itu adalah tanda kasih Tuhan. Lain betul Tuhan bila cintakan hamba-Nya. Di sinilah baru kita faham Tuhan balas cinta di Akhirat bukan di dunia. Tuhan uji kekasih-Nya di dunia sebab nak balas di Akhirat. Kita tak faham, tak boleh terima. Sanggup ke untuk terima kasih Tuhan kita diuji oleh Tuhan, sebab itu Tuhan lakukan kepada hamba-Nya kalau nikmat itu banyak di dunia dikurangkan di Akhirat, kalau susah di dunia nak di lebihkan di Akhirat. Bukankah Rasulullah pernah beritahu tentang Abd. Rahman bin Auf. Dia ahli ekonomi, dia kaya, kekayaannya sampai boleh jatuhkan Yahudi. Kata Rasulullah, kau nanti bila mati esok, di kalangan sahabat aku begitu banyak kau akhir sekali, kau merangkak di siratul mustaqim, walaupun kau selamat tapi kau yang akhir masuk Syurga iaitu secara merangkak. . Sebab itu kita diuji oleh Tuhan munasabahlah tanda Tuhan sayang kepada kita. Kalau kita faham Tuhan sayang pada kita, kita tahan menerima ujian dari Tuhan. Kalau kita kata cintakan Tuhan sanggup ke diuji?

Jadi kalau kita tak diuji oleh Tuhan bukan satu keistimewaan, Tuhan tak ada perhatian lagi pada kita. Sebab itu rasul-rasul dah berjuang berpuluh tahun susah payah, dah menang, tak dapat kuasa pun. Nabi Musa dah menang pun tapi tak dapat kuasa, Nabi Ibrahim menang terhadap Namrud tapi tak dapat kuasa, Rasulullah dah menang di Mekkah dan Madinah tapi kuasa kecil sangat sekitar Mekkah dan Madinah sahaja, ¾ dunia tu di tangan sahabat bukan Rasulullah. Sebab tu dapat kuasa di dunia itu bukan ukuran Tuhan kasih. Begitu respon Tuhan kepada makhluk yang dicinta, tapi kita orang akal tak faham. Selalu bila diuji Tuhan kita gagal, kita kecundang, tak senang nak dapat cinta dari Tuhan. Nak cinta Tuhan payah, nak kena ikut syariat iaitu sunnah, Tuhan susahkan kita. Kalau kita dah bagi kasih sayang kepada kawan, datang kawan kita susahkan tentu kita cakap tak guna punya kawan. Kita dah bagi kasih sayang dengan isteri, isteri meragam dengan kita, kita akan cakap tak guna punya isteri. Lain betul, nak kasih dengan Tuhan pun payah, nak terima kasih Tuhan pun payah, yang kata cinta mencintailah kita, itu lagi payah.

Kita nak cinta Tuhan kemudian Tuhan nak cinta kita tak senang. Kalau nak cintakan Tuhan ikut aku, maksud tersirat di sini kalau tak ada Rasulullah macam mana. Kalau zaman ada rasul hidup lagi ikutlah rasul, kalau zaman rasul tak ada, inilah nikmat Tuhan, tak ada rasul, pengganti rasul ada setiap zaman iaitu mujaddid. Kalau kita nak kasih Tuhan, ikutlah mujaddid zaman itu, ikutlah maksud tersirat, fahaman macam ni tak ada di pengajian lagi, ulama pun tolak. Maksud tersirat ialah di waktu rasul tak ada cintalah pada mujaddid, berjuang ikut mujaddid ialah mendapatkan cinta Tuhan.

Sekian.

ANA & CINTA

January 14th, 2008 by am-leoz

Setiap hari kawan-kawan rumah ana bercerita tentang lelaki idaman mereka: apa yang dikatakannya, apa yang ditawakannya, apa yang dilakukan dan segalanya, apa kandungan sms yang diberinya. Tambah-tambah lagi lelaki yang memang diidam mereka sejak dahulu, maka gembira bukan kepalang bila ‘mimpi selama ini jadi kenyataan.’ Ana tak terniat nak menunjukkan reaksi kurang senang. Mungkin ana sangat pentingkan diri. Ana takut nak memberitahu yang ana naik muak mendengar semua itu. Ana takut mereka semua marah pada ana. Ana memang pentingkan diri. Mungkin sebab kami telah lama menjalin ikatan persahabatan, ana takut ikatan ini putus begitu sahaja kerana salah faham. Hati ana berbelah bahagi. Lantas ana tiada jalan lain selain menunjukkan muka kurang berminat bila mereka semua bercerita. Sememangnya, ana sakit hati bila fikirkan suatu persahabatan boleh bertukar menjadi berisiko bila tajuk lelaki muncul. Yang ana sedihkan, mereka fikir ana cemburu…. Dulu, ana seperti mereka, melompat kegembiraan bila dapat tunjuk ayu atau tunjuk baik pada lelaki yang ana suka. Di hadapan lelaki-lelaki ini, ana haruslah kelihatan perfect dan sempurna. Tambah-tambah lagi bila mereka senyum atau tegur, dunia kelihatan cerah walaupun hari hujan. Ana tahu, kawan-kawan ana cemburu pada ana. Mereka bercakap di belakang ana. Ana tahu ada kawan ana yang selalu menangis kerana cemburukan ana. Allah memberi ujian. Allah beri segalanya pada ana. Ana mampu attract lelaki-lelaki yang ana suka. Ana dapat segalanya. Ana bersembunyi di belakang dinding hipokrit ana, hidup sebagai pelakon. Hanya kawan-kawan ana yang tahu siapa ana. Di dunia luar, ana kelihatan baik tapi di rumah, ana bertepuk sorak tentang lelaki. Aduh, teruknya ana! Ana belajar bercakap, mendengar malah melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Ana gembira kerana ramai kawan ana suka pada ana yang makin sporting. Dalam masa yang sama muncul kawan-kawan ana yang menasihatkan ana secara halus. Ana faham maksud mereka. Namun, ana kabur dengan kehidupan ketika itu kerana pada ana, sememangnya ana tidak melakukan apa-apa kesalahan! Malah terlintas di fikiran ana yang kawan-kawan yang menasihat itu terlalu kolot kerana hidup di dalam kepompong islamic mereka. Ana dapat lakukan apa yang ana teringin lakukan dulu. Bermula dengan tegur-menegur, bertanya, berbual, bergurau dan seterusnya yang semakin lama menghampirkan ana pada perkara-perkara fitnah. Ana pula sukakan gosip-gosip tentang ana lantas ana mengapi-apikan lagi semua gosip itu. Ana bangga. Dan dalam masa yang sama, kawan-kawan ana semakin cemburu… Ana keluar date dan ana yakin ana tidak bersalah kerana berteman dan berpakaian sopan. Ana lupa yang teman ana juga keluar date seperti ana. Nampaknya, fungsi perkatan ‘teman’ itu tak bermakna. Namun, semakin lama ana semakin cemburu pada kawan-kawan ana yang selalu menasihatkan ana. Hidup mereka dekat dengan agama. Tiada unsur-unsur fitnah. Mereka ini tiada gosip dan tidak meletakkan diri mereka di dalam dunia sia-sia. Yang membuatkan ana paling cemburu, semua orang baik-baik yang ana kenal, sukakan mereka! Baru ana terfikir, setiap manusia akan mencari seorang teman yang baik dan bertaqwa. Begitu juga ana. Manusia-manusia yang leka akan mengambil jalan mudah untuk berfoya-foya terlebih dahulu sebelum mencari teman idaman yang soleh/solehah. Dan ana, ana di golongan mana? Kemudian. ana masih meneruskan kehidupan ana yang penuh dengan penipuan, hipokrit dan kebencian itu. Ana teruskan enjoy. Tanpa ana sedari, ana mengalami suatu perasaan menyesal setiap kali ana habis enjoy seperti berdating dan sebagainya. Perasaan berhibur dan menyesal itu datang bersilih ganti sentiasa. Perlahan-lahan ana tertarik semula pada kehidupan yang sebenar. Istilah ‘muda hanya sekali’ terpadam dari kepala ana. Ana sedar. Ana sedar. Ana sedar. Kadang-kadang, ana cemburu pada kawan-kawan ana yang masih enjoy dengan hal-hal yang tidak berfaedah itu. Ana teringin bercouple, sms, terasa disayangi dan menyayangi. Sememangnya setiap manusia teringin. Namun, ana bersyukur akal ana masih boleh berfikir dengan waras akan kesan-kesannya yang memudaratkan hati. Ana kerap kali tekankan di kepala ana yang ana akan menyesal akhirnya walaupun ana enjoy seperti mereka. Ana teringat kepada perasaan menyesal seperti yang selalu ana alami dahulu: 1. Ana teringin bercerita masalah pada seorang lelaki yang boleh dianggap kawan baik seperti yang dilakukan oleh kawan-kawan ana. Namun, ana tekankan yang semua masalah ana biarlah ana sandarkan pada Allah. Ana tidak juga bercerita kepada kawan-kawan perempuan ana. Masalah, kesedihan, dan penderitaan ana biarlah jadi milik Allah. 2. Ana teringin bergelak ketawa dengan lelaki. Kemudian, muncul peringatan-peringatan Allah di kepala ana. Ana teringin berkawan rapat atau gang dengan lelaki, kemudian muncul pula kata-kata nasihat kawan-kawan ana. Sebaik-baik perempuan solehah ialah yang tidak meniti di bibirnya nama-nama lelaki dan tidak meniti di bibir mana-mana lelaki namanya. Selalu ana tekankan. Hindarilah zina. Pergi jauh. Terutamanya zina hati…. Ana tekankan bila terbuka soal couple, sms, dating dan sebagainya.. Sahabat ialah mereka yang memberitahu kamu kebenaran, bukannya membenarkan apa yang kamu beritahu…Ana tidak dengki mereka mendapat lelaki kacak walaupun lelaki itu direbut juga oleh ana dahulu. Ana tidak dengki mereka dapat makan bersama lelaki idaman dan dapat studi sama-sama. Ana tidak berdengki. Yang ana tahu, ana sayang kawan-kawan ana….. Ya Allah..bukakanlah pintu hati kami untuk menyambut hidayahmu.

CiNtA iSLaMiK???

January 14th, 2008 by am-leoz

‘Sayang’?

Saya terkejut apabila membaca beberapa mesej daripada handphone rakan saya itu. Dan kelihatan muka si rakan itu merah padam. Mungkin kerana tidak menemui apa yang dia kehendaki daripada handphone saya.

Hal ini berlaku apabila dia meminta untuk ‘melihat-lihat’ handphone saya dan saya pun mengenakan syarat untuk ‘melihat-lihat’ juga handphone kepunyaannya. Dan inilah yang terjadi.

Rakan saya itu merupakan ketua Badan Nuqaba’ di universiti. Sangat berpengaruh dan gemar memberi tazkirah. Tetapi rupanya hanyut juga dengan mainan nafsu.

“Ah, ana bercinta secara islamik.”

“Islamik sangatkah kalau sampai ada ‘sayang-sayang’? Islamikkah kalau menaikkah nafsu? Dan itukah yang Islam benarkan untuk telefon berjam-jam dan bermesej ‘sayang-sayang’?” Soal saya kembali. Dan dia diam membisu.

Entahlah. Saya sendiri tidak dapat memikirkan mana yang betul-betul baik dan mana yang salah. Sebetulnya ini bukan kes pertama yang saya temui. Dulu saya pernah ditegur kerana bercinta oleh seorang orang kuat dalam Badan Nuqaba’.

Tetapi pada suatu hari saya terlihat pula orang yang menegur saya itu keluar berdua-duaan dengan perempuan. Yang pasti bukan adik atau saudaranya kerana saya kenal juga dengan dia.

“Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?” (Al-Baqarah: 44) 

Janganlah sorokkan keburukan sendiri dengan cara menunjukkan yang anda orang yang betul-betul faham akan agama.

Adakah istilah ‘Cinta Islamik’?

cinta dakwahDulu saya juga pernah menggunakan istilah ini. Menyukai seseorang tetapi hanya sms sahaja menjadi penghubung. Tidak pernah call langsung dan tidak pula terkeluar perkataan ‘sayang’ atau yang menaikkan nafsu. Semua saya cuba kawal seboleh mungkin.

Tetapi betulkah cinta seperti itu yang saya hendakkan? Saya berfikir balik kerana walaupun sekadar sms sahaja sudah mampu menyebabkan saya sedikit lalai, dan cerita yang ini anda boleh baca di entri saya ‘Ibadah Itu Cinta’.

Saya tidak menafikan memang fitrah manusia itu menginginkan sesuatu untuk mendorongnya daripada orang yang berlainan jantina daripadanya. Tetapi perlulah dengan cara yang terkawal.

Kalau sudah masuk sampai fasa ingin ada perkataan ‘sayang’ daripadanya, saya sarankan dua perkara. Pertama, kahwin dan yang kedua tinggalkan sahaja. Ini kerana jika fasa ‘sayang’ itu terlalu lama berlaku sebelum kahwin, ini mungkin akan menyebabkan satu perasaan pelik datang. Jemu.

Saya tidaklah tahu hormon jenis apa yang dirembeskan keluar atau bahagian saraf yang mana akan bertindak balas apabila menerima ransangan dan menyebabkan perasaan jemu dan bosan itu berlaku. Tetapi itulah yang berlaku kepada beberapa orang rakan saya yang bercinta.

Mungkin dalam dua tahun boleh bertahan. Tetapi kalau sudah masuk tahun keempat, ramai yang sudah mula terpisah. Jawapan mereka, “Dah tiada jodoh, nak buat macam mana.”

Nasib baik ada seorang yang berani tanpa malu menjawab, “Dah jemu sangat.”

Berbalik kepada persoalan betulkah ada istilah ‘Cinta Islamik’. Pandangan saya, ada bagi orang yang betul-betul menjaga pergaulan. Menetapi kehendak syariat. Cumanya memang fitrah manusia pula menginginkan sesuatu yang lebih daripada apa yang telah dia dapat. Dan dari situlah timbulnya merengek-rengek kepada pasangannya untuk memberikan lebih daripada sebelumnya.

Jadi, bolehkah berlaku ‘Cinta Islamik’ sebelum pernikahan jika begitu? Kemudian pandangan saya tertumpu pula ‘Cinta Islamik boleh berlaku selepas pernikahan’. Cuma ini sekadar pendapat saya dan ia masih lagi boleh dipertikaikan oleh anda jika mahu.

Jangan burukkan nama institusi jemaah

Hal ini saya kira memang berlaku dan menyerang mana-mana institusi jemaah mahasiswa. Bercinta dalam jemaah? Satu lagi idea pelik yang cuba dimurnikan. Maaf, cinta yang dimaksudkan adalah cinta antara pasangan berlainan jenis.

Mereka katakan kepada saya, “Inilah cinta islamik. Kami bercinta kerana dakwah. Nanti sudah kahwin bolehlah meneruskan jalan perjuangan ini.”

Tetapi bila saya datang ke biliknya, dia pula sedang menelefon pasangannya. Dan akibatnya saya terpaksa menunggu sehingga tamat gayutan perbualan tersebut.

Lelaki dan wanita yang baik bukanlah yang bersembunyi di sebalik kosmetik kata murni berbau Islam seperti itu. Kalau sudah salah janganlah disembunyikan lagi.

Memang setiap manusia ada ego tersendiri. Mereka akan menyangka apa yang mereka buat adalah betul. Dan kerana itu perlunya kawan untuk menasihatkan. Tetapi kalau nasihat kawan sendiri mereka cuba sangkal, apa lagi yang boleh saya buat.

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.” (Al-Baqarah: 42)

Saya tertarik dengan seorang rakan saya yang memang betul-betul berminat menjadikan seorang akhawat dalam jemaahnya sebagai isteri. Dan dia meminta tolong daripada naqibnya yang merupakan seorang ustaz untuk menguruskannya.

Harapnya tiada ‘sayang-sayang’ yang hadir sebelum pernikahannya. Dan yang ada hanyalah kerjasama dalam jemaah seperti dahulu juga. Seperti sebelum dia menyatakan hasratnya.

Ada seorang lagi rakan saya yang sedang bertunang dan bakal berkahwin dalam bulan Disember tahun ini. Hendak dikatakan kemaruk itu tidak nampak sedikit pun. Tiada pun sms ‘tanya khabar’ lagikan pula hendak telefon. Dia harap jika sudah berkahwin nanti, barulah rasa-rasa ingin bertanya khabar itu baru datang. Dan barulah cinta berputik pada masa itu.

Alangkah seringnya

Mentergesai kenikmatan tanpa ikatan

Membuat detik-detik depan terasa hambar 

Belajarlah dari ahli puasa

Ada dua kebahagiaan baginya

Saat berbuka

Dan saat Allah menyapa lembut memberikan pahala

Inilah puasa panjang syahwatku

Kekuatan pada menahan

Dan rasa nikmat itu bakal kurasa

Diwaktu buka yang penuh kejutan 

khas buat yg berCOUPLE…

September 28th, 2007 by am-leoz

Khas buat dirimu.. Pernah seketika dulu saya rase saya xberguna.. Duk dlm kelas kwn2 sume xsuke.. Saya nk join org diorg kata saya nyibuk.. Ade gk yg kate saya kuat emo.. Sket2 nk mrh.. Pdhal sbnanye saya nk tgo diorg wat slh.. Pstu saya cube wat lwk konon nk tarik perhatian org len saya plg gmbira bila ade org glk ngn lwk saya espcially dak2 pmpuan.. Dk2 laki sume kate saya mat capap.. tapi saya xkesah.. asalkan ade yg terhibur.. Tapi saya tetap merasakan kekosongan.. Mmg lumrah manusia.. Sorg lelaki akn tertarik kpd wanita Cmtulah yg saya rasa.. Saya tgk kwn2 dh ade yg couple.. kt dorm sms2 awek smpi pg.. ade yg call awek smpi 1 mlm leh abis 10 rggit.. Saya mule fikir.. Adakah aku perlu BERCINTA? Dgn mnggunakan akal sorg plajar tgktn 4 itu.. saya pn mule mnanam tekad utk bercouple.. dn mse tu la saya knl awk.. saya rse saya dh jmpe org yg plg pntg dlm idup saya.. Mula2 awk jual mhl.. tapi saya xkesah..nk bli gk.. huhu..lst2 pndek cte..saya pn mulalah BERCINTA.. Mse brcinta,mmg saya sgt2 bersemangat Ape org minang kate..ALL OUT lah.. huhu~~ Saya salu call awk,awk pn salu call saya.. gayut mlm2..kdg2 saya pn abis rm10 1 mlm.. Tapi sgala PENGORBANAN yg dilakukan mse tu.. Xtrase pn kehilangannye. . Mse bercinta mmg indah.. Sumenye indah.. Sket2 guro2 n glak2 Kalo merajuk men pujuk2.. Kalo birthday men wish2.. Utk diri ni,trasa amat bhagia.. Sbb mse tu la trase diri ni dihargai.. Saya prnh pikir.. Biarlah kwn2 saya tu pndg saya smcm n kata saya mcm2.. Aslkan awk memahami saya.. Satu hr saya dgr ceramah.. Alhamdulillah. . Dlm ceramah tu saya sedar,saya byk wat dosa n saya kna brubah.. Hidup saya msti selari ngn islam.. Saya kne jadi baik.. Sbb mmg tu fitrah manusia.. Ignkn kebaikan.. sume org nk msuk syurga kn? Sejak dr tu saya mula rapatkn diri ngn msjid.. Rapatkan diri ngn Al-Quran.. Salu smyg jemaah.. Salu dgr tazkirah.. Saya xnk jd baik sorg2.. so saya ajak awk skali.. Saya ajk awk bce quran.. saya ajk kjut awk bgun subuh..(calling) saya ajk awk bg2 tazkirah.. Mula2 awk trkejut ngn perubahan saya.. Awk igt saya dh nk jd alim, nk brenti couple. Saya kate,kite bkn wat salah.. bercinta kerana Allah.. Kite couple x mcm org len.. Org len couple jiwang2 je.. ade yg siap wat mksiat lg.. pgg2 tgn n so on.. Tapi kita couple baik2.. Jge batas2 syaro’.. xnk gune ayat jiwang2 jnji xnk jmpe,tkut brlaku mksiat.. Dan awk trima perubahan saya tu.. Saya pn byk nasihat awk.. Awk pn trima.. Walopn kdg2 awk merajuk sbb tguran saya tu awk xdpt nk adapt.. tapi saya phm,prubahan mmrlukan mse.. Dan akhirnya saya rasa.. Hubungan kita semakin diredhai.. Saya salu doa supeya kita akn kekal smpi ke gerbang perkahwinan. . Dlm proses prubahan saya, Saya mula sedar Dakwah itu wajib.. Kita kne mnyampaikan pd org ttg kbenaran. Kalo x.. kita akan dipertanggungjwbkn oleh Allah di akhirat kelak. sesuai dgn firmanNya dlm surah Al- A’raf, surah ke 7,ayat ke 164: Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa". Pstu saya mulala bg tzkirah pd kwn2.. adek2.. Tgo diorg ape2 je yg diorg wat silap.. Saya xleh thn bile tgk org wat slh/dose.. Saya msti nk tgo. Selemah2 iman tgo ngn ati, oleh sbb saya nk jd org kuat iman.. pe lg..tgo je la direct..huhu~ ~ Pstu satu mse.. saya trbace psl couple.. "COUPLE HARAM" Saya xcye.. tapi bile bce detail2 yg die bg.. cm btul lak.. huhu~~ tapi biase la kan.. kalo kite suke satu mnde tu.. kite ttapi akn cri alsn utk mneguhkn pndpt kita.. Saya pn wt tatau psl mnde tu.. N truskn je hubungan kite.. kite x buat mksiat.. Kita x jln2 pgg tgn.. X jiwang2.. Juz saling ambil berat.. Tnye kaba.. Borak2.. Siap bg tzkirah2 lg.. Pe yg haramnye ngn mnde cmni kn? huhu~~ Xkesahlah.. Mse trus berlalu… Mse ni dh nk dkt Trial SPM.. lg 3mggu kot trial.. ntah..lupe la.. xctat dlm diary.. sbb saya xde diari pon.. huhu.. Dlm mse tu, saya mmg rajin aja2 kwn.. Pd mse yg sme bg tzkirah kt diorg.. Ade yg respek.. ade yg prospek..(pndg slack) Kdg2 bile tgur.. saya kne marah balik.. mcm2 lamade kate tgur x berhikmah.. ade yg kate saya poyo je.. Tapi xpe.. saya ade tmpt ngadu.. huhu~~ Suatu masa.. ktika sdg mntadabbur Al-Quran sorgmdiri.. saya trtjmpe ayat ni.. Mengapa kamu suruh orang lainm(mengerjakan) kebajikan, sedang kamummelupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berpikir? (Al-Baqarah, ayat 44) Saya pn trfikir.. "Slama ni aku dok tgo org je. Tapi aku sndri msih byk kekurangan, Cpt mrh, suka buang mse, ade gk dose2 kcik yg msih dilakukan.. cmne yek?" Pstu trjmpe lak ayat ni.. Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui. (Al-Baqarah ayat 42) Tetibe saya trfikir satu kritikan kwn.. "Ala ko tu..ckp brasap..gaye alim,tapi couple gk..sme je ko ngn kitorg..tgo org konon.." Berfikir sejenak.. Sbnanye brcouple ni leh ke x? Adakah slame ni saya hnye mnganggap ia boleh? Dh tu, npe saya rse malu bile mak dan ayah tau saya slalu contact prmpuan? Dan terkadang rasa serbe salah? Mcm2 yg saya fikir.. Dipendekkan crita lg skali.. saya ke penang utk mngikuti satu seminar dkwh.. Saya hrp dgn seminar ni kefahaman saya mngenai dakwah akn lbih mntapi.. Sblum g sminar tu.. saya stil sms2 lg ngn awk.. tnye khbr.. smpt lg psn2 spye jgn lpe bce quran arini.. dlm pikiran saya.. "Ni kira dkwh gk ni..saling ingat-mngingati. ." ****** Mjlis malam tu berakhir dgn sesi ta’aruf, kul 10 sume org dh bebas nk wat pape.. Lgpn ktorg pnt.. xkn nk pnjg2kn program smpi tgh mlm.. pihak penganjur pn phm.. Ttbe saya trgerak hati utk brkongsi mslh ngn fasilitator yg ade kt situ.. Saya rse ni la mse trbaik nk tnye pndpt die psl couple. Tapi saya tragak2.. "kalo betulla couple tu salah..abistu, nk wat cmne? Aku kne clash ke? Alaah,watpe pikir cmtu..tnye je la. Kalo xwat salah nk wtpe tkut.." Lalu saya mnghampiri Brother fasilitator tu.. Mse tu die tgh belek2 trjemahan quran die sorg2.. "Assalamualaikum, bang, saya nk tnye sket bule?" "Em,boleh..duduklah . Nta nk tnye ape?" "Er..cmni,saya nk tnye sket. Sblom saya trlibat ngn dkwh ni, saya ade la knl sorg kwn ni, prmpuan la. Tapi bknla stakat kwn biase..rapat gk la. Bkn rapat biase,tapi rapatla.." "Bercinta ke?" Saya malu nk tckp yg saya couple. Kg ape lk brother tu kate..msti die pndg slack nnt. Saya angguk je la. Pstu saya tnye.. "Sbnanye..couple ni boleh ke tak bang?" "Akhi, mmg fitrah manusia, lelaki akan trtarik kpd perempuan, bgitu juga perempuan akn trtarik kpd lelaki. Tapi dlm islam, perasaan tu prlu ada batasnya. Pergaulan prlu dijga. Kn Allah firman dlm surah Al-Isra’, surah ke 17, dlm ayat yg ke 32: Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." "Tapi bang,saya xnmpk pn mnghampiri zina. Niat kami baik. Saya dh cuba sdaya upaya mngawal perhubungan kami. SMS2 pn xdela jiwang2,slalu bg tzkirah. Kami selang2 bg, harini saya, esok die. Kn ke baik tu?" Saya xnk mengalah. "Mmg betul niat nta baik. Tapi igt, niat xpernah mnghalalkan cara. Yg batil ttap batil, yg haq ttapi haq. Cbe tgk ayat ni." Smbil brother tu bkk quran die, dan tnjuk kt saya ayat ni: Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam. (Surah Al-Ankabut,Surah 29, ayat 38) "Akhi, kalo nta tgk ayat ni, setan telah buat nta pndg indah mnde buruk yg nta lakukan. Walopun nta brpandangan tajam,mksdunye nta berilmu tinggi. Mmgla pd mulanya niat nta baik, tapi igt, setan licik. Dia akn sdaya upaya buat nta trjerumus ke dlm kemaksiatan. ." Saya pn ckpla.. "Tapi bang, saya dh jnji ngn die xnk jmpe lg. Sbb saya tau kalo brjumpe nnt byk bhyenye. Dan die pn stuju. Kami sme2 mnjge diri. Xkn ia boleh mmbawa kpd zina jugak bang?" "Em,btul,nta dh jnji xnk jmpe ngn die lg. Nta dh dpt elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. Kalo nta jnji xnk call die selalu, nta dpt elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..msih ada zina yg ttapi nta xdpt elak bila bercouple.." "Zina hati?" Saya mncelah. "Betul, zina hati. Semua ni la yg Rasulullah jelaskan dlm hadithnya bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh check dlm Riyadhus Solihin, bwh bab larangan melihat wanita. Rasulullah sabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dgn kata2, tgn boleh brzina dgn brpgangan. Kaki boleh berzina dgn berjalan ke arah tmpt mksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mngingati, mmbayangi si die. Hakikatnye, cmne pn nta wat, nta ttapi xdpt lari drpd zina hati." Saya terdiam..kelu. Xtau nk kata apa2. Sume yg brother tu kate xnmpk pe yg salahnya. Pstu die smbung.. "Ana dulu pn couple gk. Lg lme drpd nta. Sjk skolah smpi dh msuk U, dkt nk gred. Tapi bila ana sdar psl ni, ana trus tinggalkan. Ana siap dh pikir, dialah bakal isteri ana, yg akan jd ibu kpd anak2 ana. Kalo nk ikutkan lg besar mslh ana drpd nta." "Saya riso la bang. Nnt pe kwn2 die kata. Dulu saya slalu mntk tolong diorg utk rpt ngn die. Sure nnt diorg sume xpuas hati ngn saya. Dan die sndri lak, saya takut pape akn jd kt die kalo die xdpt trima keputusan ni. Sbb kami dh rapat sgt2" Mse tu saya dh mule sebak dah. Malu tol. Nangis dpn brother tu cte psl mnde ni. Ntah pape. Seb baik xde org len tgk mse tu. Brother tu jwb.. "Kalo kwn2 die xpuas hati pn, diorg nk watpe? Paling truk pn,diorg akn mngata di blakang nta. Nta x kurang sket pn. Lg pn, dalam berdakwah ni, kita nk cari redha Allah, biarlah org nk kata ape2 skali pn, yg pnting redha Allah. Kalo Allah xredha, sumenye dh xbrmkne lg." Saya trdiam lg. "Psl die plak, cbe nta pikir dr sudut positif, mungkin die akn trima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akn buat keputusan utk tidak lg bercouple. Ana yakin,die xkn buat apa2 perkara bodoh. Kalau die wat skali pn, tu bkn tggungjwb nta, ape yg nta nk wat tu btul, meninggalkan mksiat. Semua org akn tggung balasan atas perbuatannya sndiri." Saya dh xdpt thn lg. Mse tu saya nangis, saya dh sdar gy saya kne berhenti couple. Dh jelas skg, Couple tu haram. "Jd cmne nk wat bang?" "Ana dlu, hntr 1 sms je kt die. Ana trgkn die hubungan yg dibina tu salah. Mntk maaf, kita berakhir di sini. Tlg jgn cari saya lg. Pstu ana trus tuka no. Die xcontact ana lgsung dh pstu." "Mksudnye, saya xleh cntct die lg ke? Tapi bang, saya ade gk kwn prmpuan lain, leh lk saya cntct diorg?" "Dgn die ni lain. Nta dh pernah ade ’sejarah’ ngn dia. Tapi, kalau nnt ditaqdirkan nta satu universiti ngn dia, satu kuliah, pstu kne lk wt group discussion, mse tu nta hnye lyn die juz sbg group discussion partner." Ttbe saya trfikir.. "Die ni nk suro aku clash mlm ni gk ke? Skg gk? Xknla awl sgt?" Saya ckp.. "Saya rasa saya lom ade kekuatan la bang. Leh x saya tggu smpi saya ade kekuatan br saya tgglkn mnde ni?" Saya bajet nk lari la. Skali die jwb.. "Akh, nta kne igt. Kekuatan tu xleh ditunggu, tapi ia prlu dibina. Allah xkn ubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mngubah keadaan dirinya sndiri,leh rujuk surah Ar-Ra’du,surah ke-13,ayat 11. Lgpn,nta nk tggu smpi bile bru nk tgglkn couple ni..abg2 kt sini pn ramai yg prnh couple, bile msuk dkwh, diorg tgglkn." Alamak…xleh lari lgla nmpknye..saya rase cm brother ni pkse saya clash mse tu gk. "Sumenye dh jelas rsenye..Nmpknye saya kne tgglknla mnde ni gk ye. Cm xlrt rsenye nk tkn button tepon ni. Rse xsggup." "Kalo xsanggup meh ana tolong tekankan." "Eh, xpe la bang. Biar saya taip sndri." Tragak2 saya nk taip mse tu. Tapi saya gagahkn gk diri.. "Semuanya dh jelas..buat ape aku tgguh2 lg. Tkut nnt hidayah ni Allah tarik, ssh lak nk tgglkn. Kn aku salu doa supaye dijauhkn dr mksiat..jd rsenye, inilah msenye.." Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu.. "Assalamualaikum. . Sbnarnya slama ni hubungan kita salah di sisi islam. Saya igt dgn mengubah cara pergaulan kita, ia dh dibolehkn, tapi sbnarnya ia ttapi berdosa. Saya hrp awk akn istiqamah truskan perubahan yg awk dh buat, krn Allah. Saya mntk maaf ats segala yg dh berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akn bertemu jua. Assalamualaikum. ." Berat tul nk hntr msg tu kt awk. Saya msih xmmpu nk ucap slmt tggl. Sbb tu dlm sms tu saya juz akhirkan dgn ucapan salam. Lps beberapa ketika..saya tkn gk button [send]. Pstu tertera kt skrin.. [SENDING..] [MESSAGE SENT] Mse tu saya rse cm sparuh idup saya dh hilang. Cm xcaye je..saya dh hntr 1 sms, dan clash ngn awk.. "Terima kasih bang.." "Takpe, dh tggungjwb.." Mlm tu saya saya tdo ngn linangan air mata.. X sangka..mmg x disangka.. Saya mmg xpnh trpikir utk clsh, tapi tu la yg terbaik untuk kita sbenarnya.. Teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah, ayat 216.. Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ******* Masa terus berlalu.. Saya trus sibukkan diri ngn keje2 lain.. Dlm usaha nk lupekan awk.. bkn sng.. tapi saya trus cuba. Saya slalu bg tzkirah..igtkn org.. Saya bg taklim kt msjid, cte kt org, couple haram, tunjuk sgala dalil.. Mcm2 yg berlaku… ade kritikan.. ade gk yg stuju.. tapi xkesahlah sume tu.. Tbe2 1 pg ni.. dpt lk msg dr awk.. awk bg gmbr bunga.. bwh tu ade ayat.. "Seindah gubahan pertama.." Saya rse awk stil xleh lupekan saya.. Saya pn pk..kne tgskn rsenye.. Pstu saya hntrlah sms ni.. Dan rasanya itulah yg terakhir.. "Tiada yg lebih indah drpd mndapat keredhaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, slagi xmndpt keredhaanNya, ttap xbrguna.. Assalamualaikum. .saya tau dlu saya ckp, kalo ade jodoh, insyaa-Allah akn bertemu juga. Tapi saya xnk awk tggu. Lupekan saya. Biar Allah yg menentukan.. Lg 1, jgn cari cinta manusia, ia pnuh dgn pnipuan, kekecewaan, dan xkekal.. Tapi carilah cinta Allah.. tiada penipuan, tidakkan pernah mengecewakan itulah cinta abadi.. Cinta yg diredhai.. -Yang Terakhir- " [send] [SENDING..] [MESSAGE SENT] Saya dh buat keputusan. Saya psti apa yg saya buat ni btul. Saya yakin, Allah akn sediakan yg terbaik untuk saya. Saya xkn berpatah balik.. Xkan..buat selama-lamanya.

biarkan CINTA itu…

June 3rd, 2007 by am-leoz

Cinta seindah yang diucap

Saya petik kata-kata dari tazkirah ‘Bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi’ bahawa semua orang boleh mengaku dan berikrar mencintai Allah, tetapi tindak tanduknyalah yang mencerminkan apakah dia benar-benar mencintaiNya. Sesungguhnya Allah jualah yang mengetahui siapakah antara hamba-hambaNya yang benar-benar mencintaiNya.

Justeru, saya ingin bawakan di sini sebuah cerita yang saya kira benar-benar menguji kecintaan kita pada Allah SWT. Perkongsian ini tidak lain matlamatnya hanyalah untuk kita sama-sama sedar makna cinta yang sebenar-benarnya. Cinta Allah dan cinta manusia. Subhanallah Maha Suci Allah yang menjadikan setiap sesuatu termasuklah cinta sesama manusia. Cerita yang saya garap hasil pendekatan saya terhadap suatu kisah dan saya menggunakan kata ganti diri ‘saya’, mudah-mudahan pembawaan cerita ini lebih dekat dengan kita insya Allah..

Bismillahirrahmanirrahim..
Cinta Allah dan cinta manusia. Pengharapan saya hanya satu iaitu untuk menjadi ‘couple islamik’ atau cinta manusia berlandaskan batas syariat yang saya pegang selama ini. Itu doa saya setiap masa agar dipertemukan dengan insan yang bergelar kekasih hati yang akan mengambil saya sebagai teman sehidup semati. Alhamdulillah doa saya Allah kabulkan akhirnya. Berkenalan dengan insan yang saya kira sudah menghampiri nilai-nilai kesempurnaan yang saya hitung dalam doa saya setiap kali sujud terakhir dalam solat, membuahkan rasa sayang antara kami. Proses perkenalan berjalan lancar dan kami kini dalam alam yang lain. Alam percintaan dan seboleh-bolehnya saya dan dia mahu menjaga segala-galanya kerana kami sedar redha Allah paling penting. Namun dalam tidak sedar kami juga seperti pasangan bercinta yang lain, sedikit sebanyak apa yang kami pertahankan runtuh perlahan-lahan. Walaupun hanya perbualan telefon dan sms yang menghubungkan kami, bisikan syaitan itu tetap datang. Apabila dua manusia berlainan jantina berdua-duaan, akan ada pihak ketiga yakni syaitan, musuh ketat agama. Kami cuba sedaya upaya untuk menjaga hubungan ini dengan ilmu agama yang ada dalam jiwa. Dari sehari ke sehari, kami berusaha sungguh-sungguh agar batasan agama tidak kami langgar. Ada masa kami gagal juga…

Kuasa Allah Maha Hebat. Perancangan Allah mentakdirkan segala-galanya. Hubungan yang terjalin akhirnya sampai ke penghujung. Entah di mana silapnya, saya menerima kata putus dari si dia. Dia putuskan hubungan ini. Keputusannya muktamad. Tuhan yang maha mengetahui betapa terkilannya saya. Masakan ini penyudah hubungan kami. Tidak ada sedikit pun masalah antara kami, malahan kami saling menyayangi. Apa puncanya sehinggakan dia mengambil keputusan ni. Dia katakan pada saya, dia bukan lelaki soleh. Dia jauh dari rahmat Allah. Itu alasannya. Alasan yang tidak masuk akal tidak munasabah pada saya. Saya menerima dirinya seadanya sepanjang perkenalan kami. Kekurangannya saya anggap sebagai satu kelemahan kerana saya sedar tidak ada manusia pun yang sempurna dalam dunia ini. Betapa kecewanya saya. Berkali-kali saya bertanyakan pada diri sendiri, apa dosa saya sehinggakan saya terpaksa menerima semua ni. Kenapa saya harus menerima saja segala keputusan. Hati saya tersangat parah. Jiwa saya menangis. Di saat saya benar-benar menyayangi dirinya, Allah uji pula dengan dugaan sebegini besar.

Saya masih keliru dengan alasan yang dia berikan. Saya kumpul kekuatan bersemuka dengannya, dengan harapan saya jelas dengan keputusan yang dia buat terhadap hubungan kami. Katanya, “Saya terpaksa mengambil keputusan ni. Hormatilah keputusan saya. Saya terpaksa korbankan sayang saya pada awak. Sebab saya nak bersihkan hati saya. Hati saya kotor. Saya sangat berharap awak faham. Saya akan jadi ketua keluarga, saya nak jadi yang terbaik sebab saya yang akan jaga anak-anak dan jaga awak. Saya nak teruskan hubungan kita tapi saya tak mampu nak jaga hubungan ni sebaik mungkin. Awak pun jelas dengan keadaan tu. Kadang-kadang nafsu mengatasi kita. Saya takut Allah tak redha. Jangan terlalu ikutkan perasaan. Berjumpa dengan ibu bapa awak pun, tidak akan menyelesaikan masalah. Ada banyak lagi kekangan yang menghalang kita menghalalkan hubungan ni. Fahamilah awak, terima ni sebagai suatu ujian. Jangan bersedih. Kesedihan tu disebabkan syaitan. Fikirkan apa yang berlaku ni untuk jangka masa yang panjang. Jangan fikir untuk masa sekarang. Beri saya peluang untuk membuang segala yang kotor dalam hati saya ni. Walau perit sekalipun, saya nak awak redha. Ini ujian Allah. Allah uji kita dengan cinta. Kecil sangat ujian ni. Kasih mana pun kita pada manusia, akan pergi juga dari kita. Saya tak pernah buang awak dan kalau ada jodoh kita pasti akan bersama. Kalau ada jodoh saya tetap akan cari awak. Percaya pada Allah, kalau ada jodoh kita pasti bersatu juga..”

Andai ini ujian Allah, sungguh amat berat untuk saya terima. Dan seandainya ini dugaan Allah, tidak ada bezanya berlaku sekarang atau pada masa depan. Saya cuba faham Kenapa keputusan ni dia ambil. Dia ingin mencari keredhaan Allah. Saya jelas tentang itu tetapi saya manusia biasa, ada masa-masa tertentu saya berasakan ini tidak adil untuk saya pikul seorang diri terutama apabila fikiran saya diasak dengan ingatan padanya. Sungguh saya merinduinya. Saya pujuk diri sendiri. Saya katakan pada diri, ini ujian Allah. Sehari semalam saya berendam air mata. Biarkan saya bersedih sepuas-puasnya hari ini kerana esok saya nak bangun tanpa bayangan dia. Saya berdoa selalu ujian kali ini akan datang hikmah yang besar Allah nak bagi. Tanpa sedar, masih ada lagi setangkup harapan agar kami bersatu satu hari nanti dalam suasana Allah redha. Hati saya berkata, saya akan tunggu dia sehingga satu hari yang saya sendiri tak pasti. Saya bukanlah sehebat Saidina Fatimah yang menunggu Ali Karamullah Wajhah. Bila saya terlalu letih menunggu, saya akan berhenti berharap. Harapan ini saya gantungkan pada Allah kerana saya yakin Dia lah yang mengetahui segala-galanya. Andai dia bukan jodoh terbaik untuk saya seperti yang Allah catatkan di Luh Mahfuz, saya berdoa agar Allah beri saya petunjuk.

Saya doakan dia sentiasa bahagia. Saya minta Allah beri cinta dan sayangNya pada dia kerana saya tahu Dialah sebaik-baik penjaga. Semoga matlamatnya tercapai… Saya bangga mengenali insan seperti dia yang tahu setakat mana batasan cinta manusia dan cinta Allah. Dia mengibarkan bendera Islam dan dalam masa yang sama berusaha membangunkan Islam. Biarkanlah cinta yang pernah wujud itu bermuara dengan sendirinya…di saat yang tepat..dengan seseorang yang tepat..dan pilihan yang tepat..hanya dari Allah SWT di saat dihalalkannya dua manusia untuk bersatu dalam ikatan pernikahan yang barakah…

—————–
Bila Ku Tersungkur

PeNgaLaMaN

May 20th, 2007 by am-leoz

“Sebuah pengalaman cukup menerangkan kepada kita..
bahawa erti kehidupan yang sebenarnya…
bahkan mengajar kita siapakah diri Allah yang hakiki..

pengalaman yang menyedihkan cukup memberi kesan dihati..
pada hati yang mudah tersentuh…telus…dan halus…
Namun ucapan”aku tak mampu Ya Allah” biasa terkeluar dari hati kita…

sedarlah..semua ini mengajar kita kematangan hidup…
erti menjadi seorang mukmin yang sejati..
Tidak mengapa kita merintih..
akan tetapi rintihlah kamu pada Ilahi..
kerana Dia sememangnya menanti rintihan hambaNya..
tak mengapa ..rintihlah semahu-mahu kalian..
Allah tak pernah menolak kehadiran kita..
kita saja..yang menolakNya..
Nauzubillah…

Andai tiada pengalaman ini..
adakah kita akan mengingati Allah…
tepuk dadamu..
tanyalah imanmu..
kerana apa..imanmu..bisa memberi jawapan yang paling jujur…

kesenangan kan datang setelah kesulitan kau tempuhi…
ingatlah duhai sahabat..
tidak Allah mencabut sesuatu itu dalam jiwa kita melainkan Dia menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik…
Nantikanlah hikmahNya..pasti dirimu tersenyum penuh keredhaan..

kekasihku vs KEKASIHKU…AKU SAYANG KAT….

March 22nd, 2007 by am-leoz

KEKASIHKU Nak share tentang KEKASIH aku ? ( aku type huruf besar tu sebab aku terlampau sangat sayang kat DIA ) Penyayang sifatnya. Betul ni, tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku susah, minta tolong sajalah pada DIA, sure akan datang bantuan. Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA direct!!! Yang bestnya tu, bila aku dah ngadu kat DIA, terasa peace je, for surelah, kekasih kan? Ish, beruntung betul dapat kekasih macam ni tak pernah nak sakitkan hati aku.Bila-bila masa je aku boleh contact DIA. Yang seronok tu, sebab memang betul betul rasa DIA tu dekat kat hati ini! Ye laa, cinta punya pasal kan? DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA, tapi rugilah aku. Sebab, kalau aku ingat dan contact je DIA, sure macam-macam lah aku dapat. Tak kiralah, material ke spiritual ke emm memang kekasih sejati lah tu! Bila aku rindu kat DIA, baca je surat-surat yang DIA bagi tu. Macam-macam nasihat ada kat dalam tu, siap bagi example lagi nak bagi aku faham. Sebelum ni, aku pernah gak frust. Memang sedih giller lah masa tu. Ye laa, cinta bagai nak rak, tiba-tiba clash gitu je. Tapi, kekasih aku yang ni,lain, DIA tak kisah pun dengan cinta aku yang frust tu. Siap bagi semangat lagi, DIA tak de jeolus pun. Cuma aku je yang jeolus ngan DIA. Memang ramai yang jatuh cinta ngan DIA. So, aku pun kenalah usaha betul-betul Kata orang putih.. what you give, you get backso, kalau aku usaha lebih sikit, aku dapat lebih la, kan? KEKASIH aku ni baik sangat-sangat. Perfect. Tu yang kadang-kadang aku tengah-tengah malam area pukul 3 4 pagi tu pun, kalau aku terjaga, sure aku akan contact DIA. Rindulah!!! Sebenarnya KEKASIH aku ni kaya billionaire millionaire dan ntah apa-apa naire lagi.. Tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support caya tak? Free of charge tapi aku tak sedap hati la.. mestilah kena hargai apa yang DIA bagi tu kan? Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka ke, tak suka ke, amik aje la pastu pandai-pandailah membalas budi. Itu yang buat aku sanggup berkorban apa sahaja cheewah! DIA suruh aku belajar bersungguh-sungguh, kalau boleh belajar semua ilmu. Sebab, KEKASIH aku ini memang bijak+cerdik+genius+ etc DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia. DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar. Malu la sebenarnya nak cakap ni. Emm aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagipun, belum bersedia la tapi KEKASIH aku ni dah janji, suatu hari nanti mesti jumpa. Sekarang menghitung hari la aku ni. Tapi kecut perut gak! Takut! Aku mesti prepare awal-awal. Daripada surat-surat DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang DIA suka, apa yang DIA tak suka. Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, so that, DIA tambah-tambah sayang la kat aku kan? Takpe la, berkorban sekarang, sebab DIA dah janji, sapa-sapa yang dia sayang, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun!!! Ish! Rindu sangat-sangat dah ni!!!!!!! KEKASIHKU AKU BERJANJI, AKU AKAN PERTAHANKAN CINTA SUCI INI. WALAU NYAWA DIGALANG GANTIKAN, MENGGADAIKAN CINTA SUCI INI, TIDAK SAMA SEKALI. WALAUPUN TAK PERNAH BERJUMPA, AKU TETAP BAHAGIA ITULAH KEKASIHKU ALLAH S.W.T CINTA TERAGUNGKU……….

ya ALLAH…

March 22nd, 2007 by am-leoz

Ya Allah Engkau kenalkan bahawa Engkau adalah Tuhan,
Aku bangga,
Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku,
Aku sembah Engkau selalu tidak jemu-jemu,
Janganlah masukkan kedalam hatiku jemu menyembah-Mu,
Ya Allah aku redha Engkau adalah Tuhanku,
Jangan Engkau tukar redhaku selain-Mu,
Aku harap Engkau juga redha denganku,
Redha-meredhailah kita berdua hingga bertemu,
Ya Allah aku berlindung dengan Engkau,
Dari pada ber-Tuhan-kan selain-Mu,
Engkau sudah cukup bagiku sebagai Tuhan,
Memiliki Engkau, aku rasa bahagia,
Jangan Engkau jadikan aku memiliki selain-Mu,
Jangan Engkau jadikan aku memiliki selain-Mu,
Tuhan kerana kelemahanku, aku tidak dapat lagi mencintai-Mu tapi tidak benci,
Walaupun begitu jangan pula,
Engkau tidak mencintai aku,
Aku cuba mencintai-Mu Tuhan,
Tapi belum menjadi kenyataan lagi,
Dengan rahmat-Mu Tuhan, anugerahkanlah rasa cintaku kepada-Mu, Dan juga cinta-Mu kepadaku,
Kuharap kita cinta-mencintai,
Kita berdua cinta-mencintai biarlah kekal abadi,
Kita berdua cinta-mencintai biarlah kekal abadi wahai Tuhan.

                                                

PaDa KeTiKa aKu SeRaHKaN CiNTa

March 16th, 2007 by am-leoz

Cinta yang agung hanyalah cinta kepada Pencipta…iaitu cinta yg pasti dan abadi,
telah ku tahu itu dan ia mekar dalam hati ini. Tapi, sbg manusia biasa yg dianugerahkan perasaan dan naluri, hati tetap mengharap pada cinta dan kasih sesama hamba….
apakan daya, aku juga terpaksa menghadapinya walau ia amat menakutkan aku…kerana
sememangnya aku amat takut untuk terluka dan kecewa…pengalaman yg ku dengar
di sekeliling sudah cukup untuk membayangkan yg aku tak mungkin kuat utk hadapi
situasi sebegitu.
Tapi….takdir tetap datang dan merelakan hati ini untuk menerimanya kerana spt yg
di kata…..naluri dan perasaan tetap mengharap…
Sebelum aku serahkan cinta ini yg bagiku cukup sejati dan sepenuh hati kerana
Mu Ya Allah, telah ku pohon petunjuk dan jalan dariMU…kerana aku tak mampu untuk
memutuskannya sendiri atas kejahilan dan kekeliruan nafsu dan keduniaan…segala
yg kulakukan kerana ketentuan Mu Ya Allah…aku redha
Pada ketika aku serahkan cinta ini kepadanya, ku kira itu adalah anugerah dari
Allah kerana aku dapat merasai restu NYA…dan berkali-kali ku ingatkan diri, cinta
ini kepadanya hanyalah kerana Allah, tidak akan ku serah cinta ini kepadanya andai
dia bukan pencinta Allah jua.
Pengharapan yg semakin mekar di hati sentiasa ku iringi dengan doa mohon sentiasa
direstui dan diberkati hubungan ini….akan ku pastikan tiada bibit dosa yg
terlangsung….akan ku pastikan ia suci dari sebarang noda.
Dan aku juga tidak lupa mengingatkan diri, manusia hanya merancang dan mengharap,
tapi penentuannya hanya Allah yang berhak….jadi walau apa yang berlaku di
kemudian hari aku perlu bersedia dan berserah….usaha sudah dilakukan dan itu
semua dengan kehendak Mu Ya Allah….
Namun….dalam pengharapan yang terancang ini, rupanya ada lagi pihak lain yang
lebih rapi dan bersungguh perancangannya…….perkara yang cukup menakutkan aku
akhirnya terjadi….keputusan yg terbaik untuk semua pihak telah memaksa untuk
aku dilepaskan tanpa rela…
hingga kini…sudah puas aku memujuk diri….berbekalkan iman di hati…aku
pasrah atas ketentuan Ilahi….dia bukan milikku….kehadirannya seketika hanya
sebagai ujian dari Allah, dan mungkin juga penebus dosaku….
cukup perit ujian yg kulalui ini….dan sehingga kini, kesepian di hati masih
subur membuatkan aku sering menangis….bukan kerana tidak dapat menerima takdir
Allah, tapi kerana pada ketika ku serahkan cinta itu…aku telah serahkan
sepenuhnya…dan kini ia tiada lagi….puas ku cuba hilangkan kesedihan ini….
tapi belum mampu……..
Apa yang kuharap dari Mu Ya Allah, tak sanggup lagi ku lalui keadaan sebegini
utk seterusnya….tapi aku sedar……kehendak MU mengatasi segalanya…….
suburkan sahaja iman di hati ini…..aku redha…..

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan
saja mengatakan ;"
Kami telah beriman,"sedangkan mereka tidak diuji ? Dan
sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka
,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan
sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta ."

Surah Al-Ankabut ayat 2-3

wallahu alam